Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UMRAH DIY

Tersentuh daki Jabal Nur

Aug 23, 2023 | 05:30 AM



HARI KEENAM 22 OGOS

[MAKKAH, 8 pagi] Pejam celik, perjalanan kami sudah pun sampai ke penghujungnya. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Makkah.


Rancangan kami adalah untuk berangkat ke Jeddah selepas sarapan pagi, untuk jalan-jalan sedikit sebelum berangkat pulang ke Singapura.

Tetapi sebelum itu, kami akan cari e-skuter yang boleh disewa di Masjidil Haram bagi kegunaan tawaf dan sai. Bukan apa, sekadar hendak cuba. Ada pelbagai jenis, termasuk bagi seorang penunggang, penunggang dengan pembonceng atau untuk beberapa orang!

Saya pasti mereka yang mempunyai beberapa cabaran untuk berjalan jauh atau keluarga yang mempunyai anak kecil boleh menggunakan kemudahan e-skuter ini untuk permudah pergerakan di sini. Tapi saya hanya akan tahu sepenuhnya selepas saya mencuba dan teroka lagi khidmat yang disediakan, dan akan saya kongsi di sini.

Tak silap saya, ada juga khidmat penjagaan kanak-kanak agar jemaah dapat lakukan ibadah dengan tenang. (Kami belum temui, tetapi sedang mencari).

Difahami, khidmat itu boleh menampung 80 kanak-kanak pada satu-satu masa dan disediakan 24 jam. Kami akan cuba dapatkan butiran dan kongsi dengan anda di sini.

Apakah pilihan pengangkutan kami untuk ke Jeddah? Memandangkan penerbangan kami ke Singapura dari Jeddah adalah sekitar tengah hari esok, kami merancang untuk menaiki bas untuk membandingkan khidmat ini dengan khidmat keretapi. – MZ

HARI KELIMA 21 OGOS

[MAKKAH, 11.30 malam] Selepas ‘terkurung’ dalam hotel sepanjang Ahad kerana rasa tidak sedap badan, saya tidak sabar untuk akhirnya mengembara sekali lagi!


Saya dan Min sudah pun merancang untuk melawat dua gunung bersejarah dalam Islam, iaitu Jabal Thur dan Jabal Nur.







Tetapi nampaknya kembara kita terbantut kerana sebaik sahaja kita tiba di lokasi pertama, iaitu Jabal Thur, kita disuruh keluar.

Rupa-rupanya, lokasi Jabal Thur sedang dinaik taraf. Menurut laporan Arab News, kerja naik taraf itu melibatkan penggunaan teknologi untuk mendokumentasikan perhijrahan Rasullulah saw.


Kerja naik taraf itu, yang bertujuan untuk memperkaya dan meluaskan pengalaman pelancong, bermula pada 20 Disember 2021.

Hampa dan kecewa dibuatnya. Tetapi kami meneruskan perjalanan ke Jabal Nur.

Hah tetapi sebelum itu, makan dulu supaya ada tenaga untuk mendaki gunung setinggi 642 meter itu! Kita kemudian tiba di kaki gunung pada kira-kira 7.30 malam.

Lengkap dengan kamera GoPro yang dipasang di dadanya, Min bermula mendaki dan saya mengikutinya dari belakang. Tak sampai lima minit, kita dah pancit. Apa dah. Itulah, IPPT asyik fail saja.


Ramai juga orang yang melawat Jabal Nur. Ada yang dari Pakistan, Malaysia, Indonesia dan juga Turkey.

Walaupun gelap gelita, suasana mendaki Jabal Nur agak meriah kerana pelawat lain sering memberi kata-kata semangat antara satu sama lain.

Rest first then go (rehat dahulu baru pergi),“ kata seorang pelawat apabila beliau perasan Min dan saya tercungap-cungap.


Yang memenatkan adalah kecuraman gunung yang memerlukan kami menggunakan lebih banyak tenaga.

Akhirnya selepas kira-kira 45 minit, kita tiba di puncak, tepat pada masanya untuk mendengar azan merdu isyak berkumandang. – IZ

Cuaca pada masa itu agak berangin, dengan suhu berlegar sekitar 30 darjah Celsius.


Kita tidak dapat memasuki Gua Hira, lokasi dimana Rasullulah saw menerima wahyu pertama daripada Allah swt melalui Malaikat Jibril, kerana pintu masuk gua penuh dengan pelawat lain.


Penat tak? Sungguh penat. Tetapi pemandangan malam indah dan kesunyiaan yang didapati di puncak adalah berbaloi.


Selepas berehat selama kira-kira 30 minit, Min dan saya turun Jabal al-Nour untuk balik ke hotel. Kaki pun dah cramp jadi sampai di sini sahaja ya. Selamat malam! - IZ




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >