Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umrah DIY

Warkah dari Makkah

Blog ini ditulis untuk merakam pengalaman dua wartawan Berita Harian, Encik Muhaimin Suzaini dan Encik Izwandi Azman, semasa mereka melaksanakan umrah di Arab Saudi pada Ogos 2023. Ikuti juga pengalaman mereka menerusi video di TikTok dan wadah pelbagai media Berita Harian.
Aug 20, 2023 | 05:31 AM



HARI KETIGA 19 OGOS

[7 malam] Kami telah mengerjakan umrah dan kami berdoa supaya ibadah kami diterima Yang Maha Esa – IZ & MZ


[9 pagi] Saya dan Iz akan berangkat dari Madinah menggunakan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Makkah pada tengah hari dan sampai sekitar 2.30 petang. Kami akan menunaikan ibadah umrah sekitar 6 petang bagi mengelakkan cuaca terik. – MZ


[8.50 pagi] Sekadar hendak berkongsi rancangan kami untuk ke Makkah. Kami bercadang memakai ihram di hotel, sebelum menempah kenderaan menggunakan Uber untuk ke stesen kereta api di Madinah. Setibanya di Makkah, kami bercadang menggunakan Uber lagi untuk mendapatkan kenderaan ke hotel. Jika berpeluang, kami ingin berehat di hotel sebelum memulakan umrah pertama. Doakan kami. – IZ


[4:57 pagi] Selepas lebih 10 tahun, dengan Izin-Nya, saya akan sekali lagi menjejakkan kaki di Tanah Haram Makkah. Seingat saya, usia saya pada waktu itu ialah 11 tahun.


Diberi kesempatan ini adalah nikmat yang tidak terhingga. Saya tidak sabar sebenarnya. Saya telah ikuti perkembangan bahawa banyak perubahan yang telah berlaku sejak saya mengunjungi Makkah jadi saya nak juga alami dan lihat secara sendiri.







Masa di Madinah pula pantas berlalu. Laungan azan yang sering didengar di corong radio bertambah syahdu apabila mendengarnya secara langsung. – MZ

[4:50 pagi] Ini kali pertama saya berusaha mengerjakan umrah. Tentunya saya berasa gembira, tetapi saya juga sedikit gementar. Saya gementar kerana risau tidak melakukan umrah sebaik-baik yang termampu. Selepas terbang beberapa jam ke sini, menempuh beberapa cabaran, mungkin ada yang faham. Tapi pada masa sama saya gembira kerana saya akhirnya berpeluang mengerjakan umrah. Sebelum ini, saya hanya dengar cerita daripada arwah nenek saya dan membaca kisah orang mengerjakan umrah atau menonton orang mengerjakan umrah di televisyen sahaja. – IZ


[4 pagi] Kami bercadang melakukan umrah hari ini. Rancangan kami ialah mengerjakan ibadah ini sebelah petang, mungkin sekitar 6 petang, apabila cuaca tidak begitu terik dan supaya kami dapat rehat yang mencukupi. – IZ & MZ




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >