Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Keharmonian Kaum

Tharman: Tingkat usaha dalami budaya, bahasa bangsa lain

Jul 21, 2023 | 07:46 PM



Sebagai sebuah negara yang terkenal aman, bertolak ansur dan berbilang kaum, rakyat Singapura perlu terus digalak untuk melangkah lebih jauh dengan meningkatkan pemahaman tentang budaya bangsa lain.

Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam ucapannya semasa acara Hari Keharmonian Kaum yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI), menekankan pentingnya mendalami budaya dan mempelajari bahasa ketiga untuk kekal relevan di Singapura dan serantau.

“Kita harus mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya bangsa lain. Bukan sekadar toleransi atau hidup aman bersama, tetapi kita juga harus berusaha untuk mempunyai persefahaman yang lebih mendalam,” ujar Encik Tharman yang juga bakal calon Presiden Singapura itu.

Dalam usaha mendalami dan mempelajari budaya bangsa lain, Encik Tharman menekankan pentingnya menjaga tradisi asas sambil memberi ruang kepada pengembangan pemahaman tentang budaya lain.

“Jangan terlalu mencantum budaya. Kita mesti setia kepada tradisi-tradisi asas yang telah terbentuk selama beratus-ratus dan beribu-ribu tahun. Kita sangat bertuah dapat mewarisi tradisi-tradisi ini. Teruskan diri dengan asas tradisi, tetapi kembangkan sempadan tradisi untuk belajar budaya lain,” katanya.

Acara yang berlangsung di bangunan SCCCI di Hill Street pada Jumaat itu turut dihadiri oleh kira-kira 200 wakil peniaga termasuk pemimpin perniagaan Melayu dan pelajar sepenuh masa daripada madrasah seperti Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah.

Selain mempromosikan pemahaman budaya, Encik Tharman juga mendorong pelajar dan pemimpin perniagaan untuk mengembangkan kecekapan dalam mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Melayu atau Mandarin. Beliau menekankan bahawa penguasaan bahasa merupakan unsur penting dalam dunia perniagaan.

“Semua ahli perniagaan tahu kepentingan bahasa. Saya rasa kita perlu mengukuhkan penguasaan bahasa pertuturan. Mempunyai sedikit kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Mandarin atau bahasa Melayu boleh membantu. Sudah tentu kita juga boleh membangunkan lebih banyak kecekapan untuk bertutur dalam bahasa Melayu dalam kalangan penduduk Singapura kita sendiri. Sudah cukup bagus kalau bangsa lain dapat bertutur dalam bahasa Melayu,” katanya.

Dalam menghadapi dunia globalisasi yang semakin pesat, upaya untuk memahami dan menghargai budaya dan bahasa bangsa lain adalah langkah yang sangat relevan dan penting bagi Singapura untuk terus maju sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berdaya saing di peringkat tempatan dan serantau, kata Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >