Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada ‘rahsia’ di sebalik niaga nasi lemak terima Anugerah Warisan Penjaja...

Oct 23, 2023 | 07:13 PM



Apa yang benar-benar membezakan nasi lemaknya bukanlah rahsia yang tersembunyi dalam resipinya, tetapi sebenarnya adalah tumpuan yang tidak berbelah-bahagi yang diberikan oleh Encik Sulaiman Abu terhadap teknik masakannya sendiri.

Atas kesungguhannya, Encik Sulaiman, 61 tahun, menjadi salah seorang penerima Anugerah Warisan Penjaja.

Beliau merupakan antara sembilan penjaja yang menerima anugerah di Seminar & Anugerah Penjaja Singapura 2023 yang diadakan baru-baru ini.

Dua anugerah lain yang diberi di acara tersebut termasuk Anugerah Penjaja dengan Semangat Keusahawanan dan Anugerah Mentor Penjaja Cemerlang.

Acara penganugerahan ini dianjurkan Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan disokong oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.

Semasa ditemui Berita Harian, Encik Sulaiman berkata beliau telah menumpukan 27 tahun hidupnya untuk menguruskan perniagaan nasi lemaknya sendiri, D’Authentic Nasi Lemak, yang ditubuhkan pada 1996.


Sebelum itu, beliau menjalankan perniagaan bersama ibu bapanya.

Anugerah Warisan Penjaja merupakan anugerah yang meraikan jenama penjaja di mana kemahiran pengurusan dan masakan telah diturunkan dari generasi ke generasi dan menyumbang ke arah penerusan Budaya Penjaja Singapura.

Bagi Encik Sulaiman, pelaksanaan proses memasak yang teliti merupakan faktor yang membezakan nasi lemaknya.

Mewariskan perniagaan beliau kepada generasi seterusnya, yang melibatkan anak-anak serta menantunya, ternyata terbukti legasi penyediaan nasi lemak berkisar pada penerapan kemahiran masakan yang tepat.


Hasilnya adalah hidangan yang jelas mencerminkan penguasaan masakannya yang menawarkan pengalaman makan yang benar-benar tiada tandingan dan luar biasa.


“Sejak kecil lagi, saya sudah didedahkan kepada dunia perniagaan di mana saya membantu orang tua meniaga dan mula mempelajari pengurusan perniagaan,” katanya.

Terletak di Blok 84 Marine Parade Central, D’Authentic Nasi Lemak merupakan perniagaan keluarga yang diuruskan beliau bersama isteri, anak-anak dan menantunya.

Apabila ditanya tentang bahan rahsia yang menjadikan nasi lemaknya berbeza, Encik Sulaiman berkata: “Sebenarnya, tiada istilah rahsia dalam sesebuah resepi. Cara dan teknik yang penting dan membezakan masakan kita dengan orang lain.”

“Walaupun ada resipi, jika tiada teknik, tak jadi,” jelas beliau sambil menerangkan proses membuat sambal yang enak.

“Jika nasinya tak sedap, maka tak jadi nasi lemak. Sama juga jika sambalnya tak sedap, tak jadi juga nasi lemaknya,” ujarnya lagi sambil menekankan bahawa keenakan nasi dan sambal seiringan.

Beliau menegaskan pentingnya memasak setiap sesuatu dengan teliti mengikut cara dan langkah termasuk cara mengisar cili kering dan jenis beras yang digunakan.


Dengan usia beliau yang semakin lanjut, Encik Sulaiman sudah pun memendam hasrat untuk bersara, namun menaruh harapan bagi masa depan gerainya itu.

“Saya berharap anak-anak dan keluarga dapat terus amalkan dan teruskan cara masak yang sama agar dapat kekalkan legasi nasi lemak D’Authentic ini. Untuk mencapainya, saya harap generasi seterusnya akan terus berusaha.”

Walaupun beliau bangga melihat anak-anak dan menantunya meneruskan legasi nasi lemaknya, Encik Sulaiman akur akan bezanya air tangan mereka.


Namun, beliau tekad membantu dalam membekalkan mereka dengan teknik dan cara memasak agar dapat mengekalkan mutu nasi lemak D’Authentic kerana keunikannya sememangnya terletak pada teknik masakan yang turun-temurun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >