Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rancangan adakan GE segera

Jul 17, 2023 | 07:48 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (GE) secara serta-merta walaupun dua kerusi Parlimen kini kosong selepas dua Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) meletak jawatan.

Kawasan yang di bawah jagaan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, iaitu GRC Marine Parade dan Cik Cheng Li Hui iaitu GRC Tampines, akan dijaga oleh AP lain dalam kawasan undi masing-masing.

Encik Lee berkata demikian di sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan dua AP itu pada Isnin. Encik Tan dan Cik Cheng telah menjalin hubungan sulit dan meletak jawatan ekoran kelakuan peribadi mereka itu.

Encik Lee ditanya sama ada kejadian peletakan jawatan itu akan menjejas keputusannya tentang bila untuk mengadakan Pilihan Raya Umum seterusnya.

“Pilihan Raya Umum dijangka menjelang 2025, kami berada di separuh kedua penggal pemerintah sekarang, kami baru buka Parlimen baru-baru ini. Kami mempunyai agenda penuh untuk penggal ini, kami sedang berusaha gigih dan itulah yang akan kami tumpukan,” kata Encik Lee.

Beliau menambah, dalam GRC yang kehilangan anggota, anggota lain dalam kawasan undi itu akan tampil dan memastikan kawasan undi itu dijaga dengan baik.

“Itulah salah satu kelebihan mempunyai GRC,” katanya.

Encik Lee juga berkata beliau akan mencalonkan Speaker baru menjelang persidangan Parlimen akan datang pada 1 Ogos.

Beliau juga akan menyampaikan Kenyataan Menteri pada hari itu.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan, akan memangku jawatan Speaker.

Di GRC Marine Parade, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, telah diletakkan sebagai menteri utama di kawasan itu, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >