Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak henti tuntut ilmu, tingkat kemahiran walau usia 45 tahun

Oct 27, 2023 | 08:22 PM



Encik Shaifulazli Ghazali, 45 tahun, tekun belajar dan ingin terus memperbaiki dirinya sebanyak mungkin.

Ini adalah salah satu daripada tujuh anjakan utama, menurut Laporan Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG.


Menurutnya, “pembelajaran mesti diteruskan setelah kita meninggalkan sekolah”.

Setelah menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ pada 1998, Encik Shaifulazli tidak pasti kursus pengajian yang mana harus beliau ambil.

Oleh kerana beliau berminat dalam bidang penyelenggaraan pesawat, beliau mengambil keputusan meneruskan pelajarannya dalam bidang tersebut dan mendapat sijil Nitec ‘NTT2’ pada 2000.

Beliau mula bekerja dengan ST Engineering sebagai perantis. Dari situ, beliau menemui bakat dan minat menjadi pelatih pula.

Untuk itu, Encik Shaifulazli mendapatkan Sijil Lanjutan dalam Latihan dan Penilaian melalui Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dan ini melayakkannya mengendalikan program itu.

Beliau seterusnya melakar rangka kerja baru semasa tempoh pandemik Covid-19 apabila mendapati agak payah mendapat perhatian sepenuhnya daripada pelajar dalam talian.

Lantas, timbul pula inspirasi dalam dirinya untuk mendalami bidang teknologi dan pentadbiran perniagaan. Pada 2021, beliau mendaftar diri untuk mendapatkan ijazah sarjana pentadbiran perniagaan.

“Saya mempunyai keinginan untuk terus memperbaiki diri saya dan kebolehan penyampaian saya secara profesional.

“Pasukan saya di ST Engineering selalu menyokong saya. Mereka mengatur jadual saya supaya saya ada masa menghadiri kelas pada waktu malam dan hujung minggu. Syarikat saya juga memberi saya anugerah dan ia amat memberangsangkan,” kata Encik Shaifulazli.

Beliau juga amat menghargai bantuan dan dana yang diberikan oleh pemerintah seperti SkillsFuture kerana ia memberikan peluang untuk terus belajar walaupun sudah meninggalkan sekolah.

“Sewaktu kecil, sukar untuk keluarga saya menampung perbelanjaan kami. Tanpa sokongan kewangan tambahan dari pemerintah, mungkin saya tidak dapat meraih sijil-sijil tambahan,” ujar Encik Shaifulazli.

Perjalanan pembelajaran beliau belum berakhir pada usia 45 tahun. Beliau bercita-cita meraih Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >