Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga cedera selepas teksi berlanggar kereta

Sep 18, 2023 | 06:43 PM



Tiga individu dikerjakan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan teksi dan sebuah kereta di Moulmien Road, berhampiran Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang berlaku pada tengah hari Ahad.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian itu di persimpangan Mandalay Road dengan Moulmein Road pada 2 petang Ahad.

Satu video yang tular di laman Facebook, Roads.sg menunjukkan sebuah teksi Trans-Cab yang menuju ke arah Moulmein Road dari Mandalay Road berlanggar dengan sebuah kereta berwarna hitam di persimpangan itu.

Teksi berwarna merah itu kelihatan bergerak laju sebelum melanggar kereta hitam itu hingga kedua-dua kenderaan itu terbabas ke pemisah jalan raya.

Sementara teksi itu terbabas hingga ke laluan arah bertentangan, kereta hitam itu bermutar sebelum melanggar pokok di pemisah jalan itu.

Seorang wanita yang sedang menyeberang jalan raya di pemisah jalan itu nyaris dilanggar kereta hitam itu, sebelum beliau terjatuh.

Polis dalam kenyataannya berkata seorang pemandu lelaki berusia 61 tahun dan penumpangnya, seorang lelaki berusia 45 tahun, serta pemandu teksi lelaki berusia 68 tahun berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital.

SCDF berkata, dua daripada mereka dikejarkan ke TTSH dan seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Polis berkata pemandu teksi itu sedang membantu dalam siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >