Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga manfaat baru bagi anggota HomeTeamNS

Jul 29, 2023 | 06:06 PM



Para anggota HomeTeamNS akan dapat menikmati lebih banyak peluang program berkaitan kesejahteraan selain perlindungan dalam semua aspek kehidupan mereka.

Mengumumkan demikian semasa Hari Keluarga yang diadakan di Bird Paradise, anggota HomeTeam NS, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim yang juga Presiden HomeTeam NS, berkata tiga rakan kongsi strategik baru telah diperkenalkan dan ini merupakan tambahan kepada hampir 100 manfaat menyeluruh yang sudahpun dinikmati anggota sekarang.

“Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan teruskan usaha untuk memberikan anda dan keluarga anda manfaat menyeluruh yang terbaik dari gaya hidup kepada aspek kesejahteraan sehingga ke perlindungan peribadi,” katanya.


HomeTeamNS telah bekerjasama dengan Singlife untuk menawarkan perlindungan perjalanan atau rumah secara percuma selama setahun kepada semua anggota aktifnya.

Singlife merupakan syarikat insuran rasmi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Kementerian Pertahanan (Mindef) menawarkan antaranya perlindungan kecederaan peribadi bagi pegawai yang masih berkhidmat, anggota perkhidmatan awam(NS) dan sukarelawana NS.

Mereka yang memilih untuk mendapatkan perlindungan percuma ini juga akan menikmati keanggotaan HomeTeamNS secara percuma selama setahun.

Buat masa ini, anggota biasa yang layak sudahpun menerima perlindungan insuran bagi kemalangan peribadi secara percuma yang bernilai sehingga $30,000 sejak Ogos 2018.


Di samping itu, anggota HomeTeamNS boleh menjangkakan kos bagi memiliki kenderaan lebih dimampui menerusi Program Perisan Pemandu HomeTeamNS.

Dengan hanya $23 setahun, program ini memberi manfaatnya antaranya dengan menawarkan bantuan kecemasan di jalan raya selama 24 jam sehari, diskaun membeli petrol sehingga 23 peratus dan baucar eksklusif bernilai $400 secara keseluruhan.

HomeTeamNS juga telah bekerjasama dengan SHEIN, sebuah syarikat fesyen dan gaya hidup dalam talian agar anggota dapat menikmati penjimatan 18 peratus daripada pembelian keseluruhan sepanjang tahun, dan boleh mendapat akses utama dalam gerai pop-up akan datang.

Ketua Eksekutif HomeTeamNS, Cik Agnes Eu berharap manfaat baru ini akan memberi ketenangan minda di rumah dan apabila mereka melancong.


“Kami mahu memastikan anggota perkhidmatan awam kita yang melakukan perkara luar biasa seperi melindungi, menyelamatkan dan menjaga masyarakat setiap hari menerima perlindungan dan sokongan yang mereka perlukan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >