Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbang budaya, agama bagi ekosistem jagaan kesihatan mental: NMP Syed Harun

Strategi kesihatan dan kesejahteraan mental nasional akan dibentang dalam masa terdekat
Oct 03, 2023 | 08:30 PM



Kesedaran mengenai pelbagai faktor yang menjejas keterbukaan seseorang mendapatkan bantuan kesihatan mental perlu dipertingkat, demi membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan mental menyeluruh dan boleh dimanfaatkan semua.

Faktor seperti budaya, agama, kepercayaan dan keluarga perlu dipertimbang dalam memahami isu ini dan dalam berusaha memperluas akses kepada penjagaan kesihatan mental.

Berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen pada Selasa, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, berkata usaha itu perlu melibatkan rakan kongsi masyarakat berbeza dan institusi agama.

“Usaha memberi kesedaran tentang penyakit mental kadangkala memang mencabar. Ia memerlukan kerjasama rapat dan rakan kongsi daripada pemerintah, badan kemasyarakatan, badan keagamaan dan agensi sosial.

“Perlu ada perbualan lebih mendalam tentang kesihatan mental dalam masyarakat, dan ia harus menjadi buah bibir masyarakat, sama seperti kesihatan fizikal dan isu terkemuka lain,” kata beliau, yang juga seorang pakar psikiatri.

Dalam mengemukakan usul penangguhan bagi mengukuhkan akses kepada penjagaan kesihatan mental di Parlimen, Dr Syed Harun menekankan faktor seperti budaya dan kepercayaan boleh menghalang seseorang daripada mendapatkan bantuan kesihatan mental.

Justeru, apabila penjagaan kesihatan mental tidak melibatkan pemahaman mendalam tentang budaya dan latar belakang seseorang, “kesilapan diagnosis dan rawatan kurang sesuai” mungkin berlaku.

Beliau turut menggesa masyarakat Islam supaya “memberi keprihatinan khusus” dalam meningkatkan kesedaran dan menggalak lebih ramai orang menceburi bidang psikologi dan psikiatri memandangkan bilangan pakar dalam menangani ini “amat berkurangan”.

“Dalam menangani kesihatan mental secara menyeluruh, walaupun bukan satu kemestian, apabila ada pakar yang memahami secara mendalam dan yang mempunyai kepekaan akan unsur kebudayaan, ia membawa kepada kesenangan dan kemudahan bagi pesakit meluahkan isi hatinya,”  kata beliau.

Dalam responsnya, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata satu strategi nasional bakal dibentang dalam masa terdekat bagi mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan mental masyarakat.

Ia hasil kajian dan rundingan pasukan bertindak antara agensi berkaitan kesihatan dan kesejahteraan mental selama dua tahun.

Mengenai program lebih tertumpu pada masyarakat Melayu/Islam, Cik Rahayu berkata beliau menerajui bidang fokus M Kuasa Tiga (M3) yang menumpukan pada kesihatan masyarakat Melayu/Islam secara keseluruhan.

“Salah satu bidang utamanya ialah membantu kesihatan dan kesejahteraan mental penduduk, dengan mempertimbang konteks budaya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >