Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan baru papar pandangan warga tentang mobiliti sosial, pendidikan, aspirasi kerjaya

Aug 15, 2023 | 05:43 PM



Sebanyak 85 peratus responden dalam satu tinjauan baru-baru ini percaya bahawa keadaan sosioekonomi mereka boleh bertambah baik dengan kerja keras walaupun satu daripada dua orang berasa Singapura telah menjadi masyarakat yang semakin kurang seimbang sejak sedekad lalu.

Tinjauan melibatkan seramai 1,000 responden itu juga mendapati bahawa mereka mempunyai definisi kejayaan yang berubah melampaui kemewahan dan kerjaya.

Tinjauan oleh Access Singapore, sebuah pertubuhan tidak mengaup keuntungan yang bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk menawarkan pendedahan kerjaya kepada para pelajar kurang bernasib baik, meminta responden memberi persepsi mereka mengenai mobiliti sosial, sistem pendidikan dan aspirasi pekerjaan.

Para responden berusia antara 16 hingga 55 tahun dan ke atas.

Tinjauan edisi kedua itu merupakan kerjasama bersama firma penyelidikan pasaran, Milieu Insight, dari Jun hingga Julai 2023. Tinjauan pertama dilakukan pada 2021 dan dapatannya dikeluarkan pada 2022.

Dalam tinjauan terbaru, sekitar tiga suku responden berasa bahawa adalah sukar untuk mempunyai kerjaya berjaya di Singapura tanpa ijazah universiti.

Lebih 80 peratus yang ditinjau berkata bahawa menghadiri sekolah menengah terkenal mempengaruhi peluang seseorang dalam kehidupan. Sekolah sedemikian merujuk pada sekolah-sekolah bebas atau yang menawarkan Rancangan Bantuan Khas (SAP) bagi pelajar yang baik dalam bahasa ibunda mereka.

Hampir 60 peratus responden berkata mereka sanggup berpindah ke kejiranan lain supaya anak mereka boleh memasuki sekolah terkenal, jika boleh.

Tinjauan itu juga mengetengahkan persepsi tentang pentingnya hubungan sosial dan estet perumahan dalam mobiliti sosial.

Sembilan daripada 10 responden percaya bahawa hubungan sosial yang kukuh penting untuk mendapatkan pekerjaan menarik di Singapura, dan tujuh daripada 10 responden berpendapat bahawa kawasan kejiranan berbeza menawarkan akses pada rangkaian dan sumber sosial yang lebih baik.

Bercakap kepada The Straits Times, pengasas dan pengarah eksekutif Access Singapore, Encik Clarence Ching, berkata: “Saya rasa orang mengiktiraf kerja keras, tetapi modal sosial memberi anda kelebihan.”


Campur tangan pemerintah seperti inisiatif awal kanak-kanak KidStart telah berfungsi dengan baik, katanya, di samping usaha mentakrifkan semula meritokrasi dan mengembangkan definisi kejayaan.

Tetapi banyak lagi yang boleh dilakukan pada tahun-tahun persekolahan selanjutnya untuk menyamakan peluang kepada pelajar, kata beliau. Program Access Singapore termasuk menggandingkan pelajar dengan mentor industri dan mendapatkan penceramah undangan untuk berkongsi wawasan kerjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >