Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh buruh Mahmud Awang meninggal

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



TOKOH kesatuan sekerja dan mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Mahmud Awang, telah meninggal dunia.



Beliau berusia 92 tahun.



Dihubungi Berita Harian semalam, anak bongsunya Cik Sopiah Mahmud, 53 tahun, berkata Allahyarham Mahmud meninggal dunia kerana usia tua di Mersing, Johor, sekitar 12 tengah malam kelmarin.



Beliau, yang menetap di Mersing sejak 2018, dikebumi di sana pada hari sama.



"Saya kali terakhir menziarahinya pada Jun 2019... tapi adik-beradik saya yang lain ada menziarahinya selepas itu, sehinggalah sempadan ditutup akibat Covid-19. Sangka kami, kami boleh menziarahinya lagi pada tahun ini, jika sempadan dibuka semula... tetapi takdir tidak mengizinkan," kata Cik Sopiah, dengan suara tenang, meskipun menahan air mata.



Allahyarham Mahmud meninggalkan tujuh anak dan 11 cucu. Isterinya, Cik Safariah Ahmad, telah meninggal dunia sekitar 18 tahun yang lalu.



Selain diingati sebagai tokoh buruh, jasa Allahyarham Mahmud sebagai salah seorang pemimpin pengasas Singapura turut dikenang.



Dalam suratnya yang ditujukan kepada anak lelaki Allahyarham, Encik Endut Mahmood, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Perdana Menteri Pengasas mendiang Lee Kuan Yew amat menghargai sumbangan Allahyarham Mahmud, termasuk semasa dua tahun Singapura menyertai Malaysia.



Pada ketika itu, tokoh politik Umno cuba mendesak pemimpin Melayu PAP untuk menyokong politik berdasarkan kaum tetapi Allahyarham Mahmud, serta rakan seangkatan seperti Allahyarham Othman Wok dan Allahyarham Rahim Ishak tidak berganjak dan bertekad membina negara berbilang kaum, kata Encik Lee.



"Disebabkan keberanian dan kepimpinan mereka, wawasan Singapura yang berbilang kaum kekal hidup dan kini satu realiti," kata Encik Lee sambil menambah beliau dan keluarganya berasa amat terhormat apabila Allahyarham Mahmud menjadi salah seorang pengusung keranda di pengebumian mendiang Encik Lee Kuan Yew pada 2015.



Allahyarham Mahmud menyertai politik pada 1961 dan memenangi kerusi Kampong Kapor pada pilihan raya 1963, di mana beliau berkhidmat sehingga bersara dari politik pada 1968.



Beliau turut diingati sebagai pengasas bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Presiden NTUC Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam surat terbuka kepada Cik Sopiah, menekankan peranan penting yang dimainkan ayahnya dalam memupuk semangat kerjasama perikatan tiga pihak bagi membangun negara.




Beri komitmen penuh dalam usaha perjuang nasib pekerja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >