Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang baik penting bagi lindungi wanita: Shanmugam

Jul 24, 2023 | 07:09 PM



Undang-undang yang baik dapat memainkan peranan penting dalam memberi rangka kerja akan jenis masyarakat yang Singapura inginkan, selain membina norma bersama tentang bagaimana kita melayani dan menghormati kaum wanita, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Justeru demi memudahkan pembangunan wanita, pemerintah akan terus berusaha mempromosikan dan mengukuhkan hak wanita melalui undang-undang negara, tambah beliau.

Ini termasuk menukar perundangan dalam dua cara, iaitu melindungi wanita daripada bahaya dan keganasan, dan menyokong wanita dan keluarga dalam konteks rumah tangga yang berpecah belah.

Encik Shanmugam berkata demikian di persidangan SG Her Empowerment (SHE) pada Isnin.

“Piagam Wanita sangat berpengaruh dalam mengubah sesuatu. Ia meletakkan standard yang berbeza dalam masyarakat.

“Ia menyediakan perkahwinan monogami. Ia mengiktiraf hak seorang isteri untuk melibatkan diri dalam apa-apa perdagangan atau kerjaya, memiliki harta, dan bahawa beliau mempunyai hak yang sama dengan suaminya dalam mengurus rumah tangga.

“Ia menetapkan peraturan untuk perceraian dan nafkah isteri dan anak. Ia juga mengukuhkan undang-undang berkaitan kesalahan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” kata Encik Shanmugam.

Pemerintah, tambah beliau, sentiasa menyemak dan menyesuaikan undang-undang negara untuk membantu mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan saksama bagi wanita.

Di persidangan itu, seramai 400 pemimpin daripada sektor awam, swasta dan rakyat berkumpul di Pusat Kebudayaan Cina Singapura untuk mengkaji kemajuan pembangunan wanita di sini, dengan perspektif daripada masyarakat.

Turut hadir ialah Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam; dan Pengarah U Wanita dan Keluarga, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling.

Persidangan itu dianjurkan SHE dengan kerjasama U Wanita dan Keluarga NTUC.

Matlamat persidangan itu ialah meneroka dua transformasi.

Pertama, perkembangan Proses Penguatkuasaan Pembayaran Nafkah (MEP), di mana Pegawai Penguatkuasa Nafkah (MEO) mempunyai kuasa mendapatkan maklumat berkaitan aset dan pendapatan pihak terjejas di bawah Rang Undang-Undang Reformasi Keadilan Keluarga, yang diluluskan pada 8 Mei.

Kedua, peluasan maksud ‘keganasan keluarga’ untuk memasukkan penderaan bukan fizikal di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Piagam Wanita (Keganasan Keluarga dan Perkara Lain), yang telah diluluskan pada 4 Julai.

Mengulas tentang persidangan itu, pengerusi SHE, Cik Stefanie Yuen-Thio, berkata: “Kami mahu semua orang di Singapura mengetahui tentang pembaharuan pindaan ini supaya mereka dapat tahu tentang bantuan tersedia bagi mereka sekiranya mendapati diri mereka menghadapi keganasan keluarga atau kesukaran dalam mencari penyelenggaraan.”

Memahami bahawa sebahagian daripada mereka yang terjejas merupakan wanita dan lelaki yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, Cik Thio berkata lebih banyak harus dilakukan untuk membantu golongan ini.

“Sebab itu kita sebagai masyarakat mesti berkumpul, termasuk mangsa keganasan keluarga, pengamal sektor sosial dan mereka yang menghasilkan undang-undang, untuk mengadakan perbincangan yang sukar untuk mencari apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >