Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa keganasan keluarga lebih muda boleh mohon PPO sendiri

Antara pindaan Piagam Wanita yang dilulus, yang termasuk perkasa mahkamah bagi lindungi mangsa, perkukuh usaha pulih pelaku
Jul 04, 2023 | 06:41 PM



Mangsa keganasan keluarga lebih muda kini boleh memohon arahan perlindungan peribadi (PPO) di bawah Pindaan Wanita yang dipinda.

Rang Undang-Undang Pindaan Piagam Wanita (Keganasan Keluarga dan Hal Lain) yang diperkenalkan di Parlimen pada Mei dan diluluskan pada Selasa turut memperkukuh keupayaan pemerintah campur tangan dalam kes keganasan keluarga.

Pindaan itu mencerminkan pendirian teguh pemerintah terhadap keganasan dan komitmennya dalam memastikan keselamatan keluarga, dan bertujuan mengenal pasti risiko serta keperluan kededua pihak, mangsa dan pelaku, dan menyokong mereka terhadap perdamaian keluarga, selagi boleh.

Antara lain, pindaan itu juga memperkasa mahkamah bagi melindungi mangsa dan mengukuhkan usaha memulihkan pendera.

Dalam ucapannya di Parlimen pada Selasa, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata:

“Apabila perlindungan dan keselamatan tercapai bagi keluarga yang berhadapan dengan risiko pengganasan, kita perlu membantu memulihkan pelaku dan memperbaiki hubungan keluarga untuk memutuskan lingkaran pengganasan.”

Seksyen 60 Piagam Wanita yang dipinda itu membolehkan mangsa lebih muda memohon PPO secara sendiri.

Ini bermakna mereka yang berusia 18 hingga bawah 21 tahun yang belum berkahwin tidak lagi perlu meminta pelindung, saudara-mara, atau orang bertanggungjawab atau dilantik oleh menteri untuk menjaga mereka memohon PPO bagi pihak mereka.

Menurut Cik Sun, sekitar 93 peratus PPO yang dikeluarkan dari 2018 hingga 2022 disertakan dengan satu arahan kaunseling.

Ini bermakna seseorang itu diperlukan menghadiri sebuah program kaunseling yang ditawarkan oleh agensi perkhidmatan sosial yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Pindaan itu akan meluaskan arahan kaunseling sedia ada untuk meliputi program, rawatan dan program intervensi lain, seperti program keibubapaan, latihan pemberi jagaan dan terapi keluarga.

Mahkamah juga boleh mengeluarkan Arahan Rawatan Mandatori terhadap pelaku di bawah PPO yang keadaan psikiatri mungkin menjadi faktor penyumbang kepada keganasan keluarga.

Satu kajian MSF mendapati sekitar 14 peratus mereka yang mempunyai permohonan PPO terhadap mereka telah didiagnos mempunyai masalah kesihatan mental sebelum itu.

Pemerintah akan mempunyai lebih kuasa untuk campur tangan dalam kes keganasan keluarga dengan memberikan kuasa kepada “pelindung”, yang akan dibenarkan untuk mendapatkan maklumat apakah seseorang sedang mengalami atau berisiko menghadapi keganasan keluarga.

“Pelindung” boleh memasuki sesebuah rumah untuk membuat penilaian, dan memberikan arahan kecemasan di tapak insiden bagi membantu mangsa bagi kes berisiko tinggi.

Pelindung dihadkan kepada empat arahan kecemasan terhadap pelaku dalam tiga bulan.

Mahkamah akan diberi kuasa untuk membuat perintah pemulihan tambahan dan menaikkan denda terhadap mereka yang melanggar arahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >