Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang tangani berita palsu bertindak lebih pantas, khusus

Shanmugam: Rayuan cabar keputusan menteri boleh didengar seawal 9 hari
May 08, 2019 | 05:30 AM



KUASA pemerintah di bawah undang-undang baru untuk mengatasi kepalsuan dalam talian sebenarnya 'lebih sempit', dan tidak seluas kuasa di bawah undang-undang sedia ada, kata Menteri Undang-Undang K. Shanmugam semalam.



Namun, undang-undang baru itu bersifat lebih khusus dan akan membolehkan pemerintah menangani maklumat palsu dengan segera demi mengawal penyebarannya.



Encik Shanmugam berkata demikian di Parlimen untuk menjawab kritikan bahawa Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (POFMB) itu akan memberi pemerintah terlalu banyak kuasa.



"Dalam beberapa aspek penting, kuasa sedia ada sebenarnya lebih luas daripada kuasa yang disarankan di bawah Rang Undang-Undang itu (POFMB)," kata Encik Shanmugam.



Beliau memberi contoh perundangan sedia ada seperti Akta Penyiaran dan Akta Telekomunikasi yang membolehkan pihak berkuasa mengarahkan apa sahaja bahan yang tidak menyenangkan untuk dipadamkan atas dasar kepentingan awam.



Kenyataan yang dibuat itu pula tidak semestinya benar atau palsu di bawah undang-undang sedia ada.



Sebagai perbandingan, undang-undang baru yang disarankan pula menangani perkara lebih khusus - kenyataan palsu dalam talian yang membahayakan kepentingan awam.



Menteri pula berkuasa mengarahkan pembetulan atau pemadaman kandungan itu, tetapi arahan menteri itu boleh dicabar di mahkamah.



Oleh itu, undang-undang baru yang disarankan itu juga akan memberi mahkamah lebih kuasa pengawasan, kata Encik Shanmugam.



Beliau juga memberi jaminan semalam bahawa proses mencabar arahan Menteri itu akan dipermudah, dan kosnya dipastikan rendah.



Mereka yang ingin mencabar arahan Menteri untuk memadam atau membetulkan maklumat palsu akan berpeluang mendengar kesnya di Mahkamah Tinggi seawal sembilan hari bekerja setelah memulakan cabaran tersebut.



Dalam sidang semalam, beliau turut menjelaskan mengapa undang-undang baru itu perlu dilaksanakan.



Ini sedang banyak negara di seluruh dunia menghadapi krisis demokrasi dengan kepercayaan semakin berkurangan terhadap pemerintah serta institusi awam dan swasta.



Encik Shanmugam menggariskan empat faktor yang menyumbang kepada kepercayaan merosot itu - ketidaksamaan yang meningkat, sistem politik yang gagal meningkatkan kehidupan rakyat, peranan media tradisional serta media baru.



Rang undang-undang ini adalah satu percubaan untuk mengatasi masalah yang timbul daripada kepalsuan yang timbul dalam media baru.



Dalam menangani masalah itu, ia akan menyokong 'prasarana fakta' dan menggalakkan ucapan jujur dalam wacana awam, kata Encik Shanmugam.



Apabila orang ramai tidak percaya tentang prasarana fakta itu, mereka akan menjauhkan diri daripada wacana awam.



"Saya akan mengatakan ini kepada anggota dewan di kededua pihak dan kepada Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



"Jika ini berlaku di Singapura, akan ada kerosakan besar kepada institusi yang menjangkau politik.



"Tiada manfaat politik atau sebaliknya kepada sesiapa pun," ujar Encik Shanmugam.



Sementara itu, beliau turut menyentuh keprihatinan lain yang telah diluahkan mengenai rang undang-undang itu, termasuk daripada sekumpulan akademik yang prihatin undang-undang tersebut akan menjejas tugas mereka.



Encik Shanmugam berkata sebenarnya tiada asas guaman atau logik bagi keprihatinan mereka kerana rang undang-undang itu tidak akan menyekat penyelidikan akademik.



Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kedua, dengan lebih 30 AP dijadual menyertai perbahasan mengenainya, termasuk Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran serta Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.



Perbahasan bermula semalam dan akan diteruskan hari ini.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >