Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah banding Bayaran Bantuan Pekerjaan dengan faedah pemberhentian kerja: Poh Koon

Aug 03, 2023 | 06:03 PM



Bayaran Bantuan Pekerjaan, yang dimandatkan oleh undang-undang, bertujuan membantu pekerja warga emas sementara mereka mencari pekerjaan alternatif.

Ia tidak sepatutnya dibandingkan dengan faedah pemberhentian kerja, yang tidak dimandatkan oleh undang-undang, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Koh Poh Koon, pada Khamis di Parlimen.

Ini kerana Bayaran Bantuan Pekerjaan ditentukan dengan teliti agar tidak terlalu rendah sehingga memberikan majikan pilihan mudah untuk menawarkan pekerjaan semula kepada pekerja mereka, atau menawarkan bayaran terlalu tinggi sehingga menghalang pengambilan atau pengekalan pekerja yang hampir mencapai umur persaraan, kata Dr Koh.

Beliau menjawab soalan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) mengenai jumlah pekerja berusia 63 tahun ke atas yang telah diberhentikan sejak beberapa tahun ini, dan sebab pekerja yang kehilangan hak mereka untuk mendapat faedah pemberhentian, malah hanya berhak menerima Bayaran Bantuan Pekerjaan apabila mereka mencapai 63 tahun.

Di bawah Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula, apabila pekerja mencapai umur persaraan – kini 63 tahun – syarikat mereka perlu menggajikan mereka semula sehingga mereka mencapai umur penggajian semula, kini pada usia 68 tahun.

Jika tidak, syarikat perlu membayar pekerja yang layak bagi Bayaran Bantuan Pekerjaan.

Lazimnya, bayaran yang diberikan sebagai faedah pemberhentian adalah antara dua minggu dan sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan, manakala Bayaran Bantuan Pekerjaan adalah bersamaan dengan 3½ bulan gaji, tertakluk kepada minimum $6,250 dan maksimum $14,750.

“Jadi seseorang yang bergaji tinggi untuk diberhentikan atau diberhentikan pada usia 63 tahun tiba-tiba menjadi sangat murah untuk diberhentikan.

“Oleh kerana pekerja warga senja juga menghadapi kesukaran paling besar untuk mendapatkan pekerjaan semula, saya fikir penting untuk mereka dilindungi,” kata Encik Nair. 

Dalam jawapannya, Dr Koh berkata Bayaran Bantuan Pekerjaan bukan bertujuan mengakibatkan pekerja warga tua terikat dengan perkhidmatan selama bertahun-tahun, tetapi untuk membantu pekerja buat beberapa bulan sementara mereka mencari pekerjaan baru.

Jumlah itu ditentukan dengan teliti di bawah garis panduan tiga pihak mengenai pengambilan semula pekerja warga senja supaya ia tidak mewujudkan “insentif salah” bagi syarikat untuk memberhentikan pekerja mereka sebelum mencapai umur persaraan, yang boleh berlaku jika syarikat berfikir adalah lebih murah untuk membayar faedah pemberhentian daripada Bayaran Bantuan Pekerjaan, kata Dr Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >