Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha kolektif diharap ringankan beban pesakit paliatif, keluarga: Masagos

Aug 24, 2023 | 09:51 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membangunkan sekitaran penjagaan paliatif yang lebih menyokong pesakit dan keluarga mereka.

Ini demi membolehkan lebih ramai orang menerima jagaan dan keselesaan pada peringkat terakhir kehidupan mereka dan meninggal dunia di rumah, dikelilingi oleh orang tersayang.

Berkata demikian, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Facebook, memuji usaha salah satu rakan kerja - Hospis Dover Park (DPH).

Sebagai hospis pertama yang dibina khas di Singapura, DPH telah menyokong lebih 12,000 pesakit dan lebih ramai lagi keluarga serta orang tersayang sepanjang 3 dekad yang lalu, kata Encik Masagos.

Ia juga bekerjasama rapat dengan MOH dan Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) untuk meningkatkan akses pesakit kepada penjagaan paliatif yang bermutu.

“Sebagai contoh, DPH telah melangkah ke hadapan untuk menguji model penjagaan baru dalam program penjagaan paliatif bersepadu dengan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

“Semoga usaha kolektif kita membantu meringankan beban bukan sahaja untuk pesakit di penghujung hayat mereka, tetapi untuk keluarga dan orang tersayang mereka juga,” tulis Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >