Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tentukan masa depan bersama libatkan seluruh masyarakat: DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri: Kerjasama ini melibatkan pemerintah, orang ramai, kumpulan masyarakat, majikan dan perniagaan
Oct 27, 2023 | 05:31 PM



Usaha menentukan hala tuju masa depan serta mencipta huraian yang diperlukan Singapura perlu melibatkan seluruh masyarakat dan bukan sesuatu yang ditentukan pemerintah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

“Ini lebih daripada sekadar melibatkan (masyarakat). Ia benar-benar merupakan kerjasama. Kerjasama ini adalah antara pemerintah, orang ramai, kumpulan masyarakat, majikan dan perniagaan. Ia merangkumi kerjasama tiga pihak, tetapi ia sebenarnya kerjasama dengan seluruh Singapura,” katanya di sidang media bagi pembentangan laporan Melakar Hala Tuju Singapura pada Jumaat.

Menurut Encik Wong, yang memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam menerajui daya usaha melibatkan seluruh masyarakat itu, laporan ini adalah hasil usaha mendekati rakyat dan mendengar pandangan serta maklum balas mereka yang telah dijalankan selama 16 bulan.

Ia merangkumi garis pandu dalam melakar masa depan republik ini, termasuk langkah mempertingkat bantuan bagi golongan rentan, pekerja pertengahan kerjaya dan juga warga emas, melalui sokongan bantuan kewangan dan prasarana yang dipertingkat.

Laporan ini juga menekankan perubahan daya pemikiran yang diperlukan Singapura untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, termasuk pentakrifan ‘kejayaan’ serta sikap tanggungjawab terhadap satu sama lain.

Berdasarkan laporan itu, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata kepimpinan generasi keempat, atau pasukan 4G, yang dipimpinnya akan mengutamakan isu-isu yang menimbulkan kebimbangan serta keprihatinan rakyat, seperti isu perumahan dan persaraan, di mana perubahan dasar sudah diumumkan.

Langkah ini, terangnya, adalah berdasarkan keperluan dan keprihatinan masyarakat serta masa yang diperlukan untuk memperkenal dan menguatkuasakan perubahan.

“Kebanyakan daripada (perkara) yang telah kami umumkan adalah isu-isu yang diutamakan dan kini dikuatkuasakan. Masih ada langkah lain yang kini dibincangkan dan dipertimbangkan. Ini akan mengambil masa.

“Langkah seterusnya adalah Belanjawan 2024, di mana kita dapat memberi butiran lanjut mengenai langkah lain,” tambah Encik Wong.

Beliau memberi contoh dua inisiatif yang boleh dikembangkan sebelum akhir tahun: Sihat Menua SG, program kebangsaan bagi membantu warga emas meniti hari tua dengan lebih selesa; serta ComLink+, yang merupakan peningkatan terhadap program ComLink sedia ada yang menyokong keluarga berpendapatan rendah yang menetap di flat sewa.

Satu lagi daya usaha yang bakal diberi perincian pada masa akan datang adalah skim sokongan bagi mereka yang diberhentikan kerja atau tidak mempunyai pekerjaan.

Singapura akan memasuki fasa di mana kehidupan orang ramai akan terjejas dek gangguan mendatang, justeru pemerintah perlu memberikan jaminan yang lebih tinggi, kata Encik Wong.

Untuk melakukan demikian, lebih banyak sumber diperlukan, tambahnya.

“Justeru, kita perlu membentuk dasar dan program dengan teliti, dengan cara lebih bertanggungjawab.

“Namun kami berpendapat perbelanjaan lebih tinggi ini diperlukan,” tambah Encik Wong.

Menurut beliau, pasukan 4G memiliki agenda penuh dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan, dan ia perlu bekerjasama dengan seluruh masyarakat.

“Perjalanan yang bakal kita harungi tidak mudah, namun kita yakin melihat kepada apa yang telah kita lalui sebelum ini dalam sejarah Singapura dan juga dalam tempoh tiga tahun mengharungi Covid-19 bersama,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >