Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Varsiti S’pura,Vietnam jalin MOU penyelidikan, pertukaran pelajar

Dimeterai semasa lawatan PM Lee Hsien Loong ke Vietnam
Aug 30, 2023 | 03:43 PM



Singapura dan Vietnam menjalin kerjasama lebih erat dalam pendidikan dengan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU) oleh universitI dari kededua negara. 

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan berganding bahu dengan Universiti Nasional Vietnam, Hanoi (VNU), dan Universiti Nasional Vietnam, Bandar Ho Chi Minh (VNU-HCM), dalam memberi tumpuan kepada penyelidikan bersama dalam pembangunan mampan, perubahan iklim dan pengurusan trafik udara, termasuk memudahkan pertukaran pelajar. 

Dua MOU itu ditandatangani pada 29 Ogos dengan disaksikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa lawatannya ke kampus VNU, dan Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh. 

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Pendidikan dan Latihan Vietnam, Encik Nguyen Kim Son.

Kunjungan ke VNU adalah antara acara Encik Lee pada hari terakhir rangka lawatan rasmi beliau ke Vietnam dari 27 hingga 29 Ogos.

Menurut satu kenyataan NTU, perjanjian itu akan membolehkan fakulti dan pelajar belajar daripada satu sama lain menerusi program pertukaran dan berkongsi serta bertukar-tukar amalan terbaik dalam bidang penyelidikan yang diminati bersama. 

Presiden NTU, Profesor Ho Teck Hua, berkata:

“Perjanjian terbaru antara NTU Singapura dengan dua universiti awam terkemuka di Vietnam ini mengukuhkan lagi perkongsian dan kerjasama erat yang telah kami wujudkan untuk bertukar-tukar pengetahuan dan projek penyelidikan lanjutan di institusi kami. 

“Ia adalah bukti hubungan yang semakin meningkat antara Singapura dan Vietnam, yang semakin kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Beliau menambah bahawa perkongsian pengetahuan, pembangunan projek penyelidikan bersama, dan kerjasama erat dalam penyelidikan akademik akan memberi manfaat besar kepada fakulti dan pelajar di NTU, VNU, dan VNU-HCM. 

Presiden VNU, Profesor Le Quan, menjelaskan bahawa NTU dan VNU telah menjalin hubungan kerjasama selama bertahun-tahun dengan pelbagai aktiviti kerjasama praktikal pada masa lalu. 

“Menandatangani MOU antara NTU dengan VNU telah menyumbang secara signifikan dalam memperdalam perkongsian sedia ada dan membuahkan hasil bagi kedua-dua institusi,” ujarnya.  

Canselor VNU-HCM, Profesor Vu Hai Quan, berkata kerjasama dengan NTU, sebuah universiti terkemuka dunia, adalah satu langkah ke hadapan yang luar biasa dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan. 

“Kerjasama ini bukan memberi manfaat kepada institusi kami sahaja, malah menyumbang kepada kemajuan masyarakat secara keseluruhannya,” kata beliau.

Di bawah MOU NTU dan VNU, kededua institusi itu akan bekerjasama dalam pertukaran fakulti dan pelajar serta kerjasama penyelidikan.

Fakulti daripada kededua universiti juga berpeluang mengikuti pertukaran fakulti untuk penyelidikan, kuliah dan seminar, di samping bertukar-tukar pengalaman tentang kaedah pengajaran dan menganjurkan kerja amali bagi pelajar.

Perjanjian antara NTU dengan VNU-HCM akan menyaksikan Institut Penyelidikan Pengurusan Trafik Udara (ATMRI) NTU bergabung dengan universiti Vietnam itu dalam projek khusus berkaitan pengurusan trafik udara seperti aplikasi kecerdasan buatan dan teknologi interaksi manusia-komputer.

Kededua institusi itu juga akan membangunkan program pertukaran melibatkan penyelidik dan pelajar, menurut kenyataan NTU itu. 

Semasa lawatan beliau, Encik Lee dan Encik Chinh berinteraksi dengan sekitar 50 pelajar Vietnam daripada program seperti matematik, sains komputer dan kejuruteraan. 

VNU, yang ditubuhkan pada 1993, kini mempunyai tiga kampus di Hanoi, Bandar Ho Chi Minh dan Hoa Lac. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >