Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vendor akhbar bergelut kenaikan kos, kekurangan pekerja

Oct 30, 2023 | 09:12 PM



Dua persatuan mewakili majoriti penjual dan pengedar akhbar di Singapura mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan cabaran perniagaan yang dialami akibat kenaikan kos.

Persatuan Penjual Berita Singapura (SNVA) dan Persatuan Pengedar Akhbar Singapura (SNDA) berkata kenaikan kos dan langganan cetak yang menurun telah menjejas pendapatan mereka.

Ini menyebabkan kenaikan gaji yang lembap untuk pekerja mereka yang memperoleh antara $200 dengan $700 setiap bulan bagi kerja selama kira-kira empat jam sehari, kata mereka.

Menambah lagi pada masalah ini adalah persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatkan pekerja daripada platform penghantaran seperti Grab dan foodpanda, tambah mereka.

Kededua persatuan itu bertemu untuk mengadakan satu perbincangan dengan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Encik Gan Thiam Poh, yang merupakan penasihat SNDA, bagi mencari huraian kepada masalah tersebut.

Presiden SNVA, Encik Jaya Kumar, dan presiden SNDA, Encik Eric Tan, berkata mereka sedang mempertimbangkan menaikkan harga penghantaran akhbar untuk membantu menampung sebahagian daripada kos operasi penjual, dan akan bertemu dengan SPH Media untuk membincangkan perkara tersebut.

Penghantaran akhbar dan majalah SPH Media dikendalikan oleh 390 penjual atau vendor akhbar, kata SPH Media.

Vendor itu dibayar komisen oleh SPH Media berdasarkan jumlah akhbar yang mereka hantar, dan juga mengutip bayaran penghantaran daripada setiap pelanggan. Pelanggan membayar $3, $4 atau $5 sebulan untuk penghantaran, bergantung pada jenis kediaman.

Bayaran penghantaran bulanan yang SPH Media kumpulkan daripada pelanggan dibayar sepenuhnya kepada vendor akhbar setiap bulan, kata jurucakap SPH Media dalam menjawab pertanyaan The Straits Times.


Pada Isnin, kededua persatuan itu berkata bayaran telah diselaraskan hanya dua kali sejak 1994. Kali terakhir adalah pada 2013.

Encik Senthil Murugan, 52 tahun, vendor akhbar generasi ketiga yang menghadiri mesyuarat itu, berkata langganan cetak yang menurun telah menyukarkan vendor untuk mendapatkan balik modal di beberapa kawasan. 

Mereka kini perlu meliputi lebih banyak blok untuk mencapai jumlah yang sama, dan memerlukan lebih banyak pekerja penghantaran, katanya.

Tabiat penggunaan yang berubah selepas pandemik Covid-19 juga bermakna peralihan yang lebih besar kepada produk digital dan dalam talian.

Peningkatan kos dan inflasi juga telah meningkatkan kos perniagaan, kata sembilan vendor pada mesyuarat itu.

Kededua persatuan itu, yang mewakili kira-kira 350 vendor, menggajikan kira-kira 2,000 pekerja, berkata mereka berharap kenaikan bayaran penghantaran akan membantu mengurangkan keadaan.

Mereka menambah bahawa mereka masih dalam perbincangan mengenai kuantum kenaikan dan akan menghubungi SPH Media untuk perbincangan selepas mereka berunding dengan ahli.

Jurucakap SPH Media berkata bayaran penghantaran, yang dikutip daripada pelanggan sebagai sebahagian daripada langganan, dikira berdasarkan “kos dan keadaan ekonomi”.

Untuk membantu vendor menghadapi penurunan dalam pendapatan dan peningkatan kos, SPH Media telah mula memberikan subsidi sebanyak $3 untuk setiap penghantaran di depan pintu kepada pelanggan langsung SPH Media sejak Oktober 2022, tambah jurucakap itu.

“Penjual akhbar adalah rakan kongsi kami yang berharga dan kami akan melihat maklum balas dan kebimbangan yang dikongsi oleh vendor dan persatuan vendor,” kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >