Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video lucah tersebar melalui saluran berbayar di Telegram

Oct 26, 2023 | 10:07 AM



Sekumpulan pengguna wadah permesejan Telegram berkongsi video dan imej seksual haram kepada mereka yang sanggup membayar yuran sekali bayar kurang daripada $100.

Sebelum ini pernah tersebar tentang kumpulan sembang SG Nasi Lemak Telegram yang berkongsi kandungan serupa dan mempunyai lebih 44,000 anggota pada kemuncaknya sebelum ditutup pada Oktober 2019.

Kumpulan baru ini lebih licik, selain menetapkan had pada bilangan anggota yang diterima untuk mengelak daripada diketahui, mereka juga beroperasi sebagai saluran, yang menghalang anggota daripada mengenal pasti ahli lain.

Kemasukan diberikan hanya selepas pembayaran, dan pelanggan akan dihantar pautan atau ditambah terus oleh pemilik saluran.

Saluran itu memaparkan video terutamanya wanita Singapura melakukan aksi seks, disusun mengikut etnik, dengan nama seperti “Rojak Studios” dan “Institut XMM”.

Kandungan dimuat naik oleh orang yang tidak dinamakan atau, dalam beberapa kes, kemungkinan dicuri daripada peranti mangsa yang tidak disyaki. Kemas kini tetap juga dijanjikan.

Pentadbir saluran itu ‘menjual’ video gadis dari sekolah menengah hingga ke peringkat universiti, bersama-sama dengan pornografi balas dendam dan rakaman yang diambil daripada kamera pengintip yang tersembunyi di tempat awam seperti bilik persalinan.

Saluran tersebut diiklankan di tempat lain di Telegram, disertakan dengan kandungan pratonton yang tersedia hanya untuk pelanggan yang membayar.

Akbar The Straits Times menghubungi pentadbir akaun untuk bertanya tentang akses dan diberitahu ia akan menelan kos S$50 untuk menyertai saluran yang menampilkan gadis muda. Keahlian kini berjumlah kira-kira 50 orang.


Pentadbir menjanjikan “1,000 peratus jaminan tidak akan dikenali”, dan berkata kumpulan itu secara rutin beralih kepada saluran sandaran dan memindahkan pelanggan yang membayar ke saluran baru.

Apabila ditanya sama ada terdapat gambar dan video pelajar sekolah menengah, pentadbir, yang tidak dikenali, berkata kandungan sedemikian tersedia, dan diperoleh daripada “sumber khas” dan bukan dari Internet.

Yuran langganan boleh dibayar menggunakan PayLah melalui kod QR atau pindahan wang melalui bank.

Semakan pada akaun PayLah yang dipautkan kepada kod QR mendapati ia adalah milik akaun yang dipanggil Wise Asia, manakala pindahan bank perlu dibuat ke akaun Simpanan POSB – di bawah nama John.

Mengedarkan bahan lucah secara elektronik adalah satu kesalahan di Singapura, dan mereka yang didapati bersalah boleh menghadapi hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati memiliki filem lucah, sebaliknya, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >