Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wang tunai, aset bernilai $1b dirampas; 10 warga asing ditangkap, disyaki ubah wang

Aset disita termasuk kenderaan mewah, beg, barang kemas dalam operasi antipengubahan wang haram SPF pada 15 Ogos
Aug 16, 2023 | 09:33 PM



Dalam salah satu operasi antipengubahan wang haram terbesar di sini, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menangkap sekumpulan warga asing kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Mereka tinggal di banglo kelas baik (GCB), kondominium mewah dan memiliki kereta mewah, mengumpul aset bernilai kira-kira $1 bilion di Singapura.

Polis berkata ia menerima maklumat tentang kemungkinan terdapat aktiviti terlarang termasuk penggunaan dokumen yang disyaki palsu yang digunakan untuk mengesahkan sumber dana dalam akaun bank Singapura.

Pada malam 15 Ogos, polis melakukan operasi besar-besaran di seluruh pulau, termasuk beberapa GCB dan kondo mewah di seluruh Singapura secara serentak untuk menangkap beberapa suspek.

Sepuluh orang, termasuk seorang wanita, telah ditahan dan dijangka akan didakwa pada malam Rabu.

Mereka berumur antara 31 hingga 44 tahun, dan disyaki terlibat dengan kesalahan pemalsuan, pengubahan wang haram dan menentang penangkapan.







Seramai 12 orang sedang membantu dalam siasatan, manakala lapan orang kini dalam buruan dan telah diletakkan dalam senarai dikehendaki.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, polis berkata operasi itu melibatkan lebih 400 pegawai termasuk mereka daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD), Pasukan Operasi Khas (SOC) atau polis rusuhan, dan Jabatan Perisikan Polis (PID).

Polis mengenal pasti kumpulan warga asing yang didakwa terlibat dalam pengubahan hasil jenayah daripada aktiviti jenayah terancang mereka di luar negara, termasuk penipuan dan perjudian dalam talian.

Larangan perintah pelupusan (prohibition of disposal orders) telah dikeluarkan terhadap 94 hartanah dan 50 kenderaan, dengan jumlah anggaran nilai lebih daripada $815 juta, dan pelbagai perhiasan serta botol minuman keras dan wain. Arahan itu bermakna suspek tidak dibenarkan menjual hartanah dan kenderaan yang tersenarai.







Polis juga merampas lebih daripada 35 akaun bank berkaitan, yang mempunyai baki dalam anggaran lebih daripada $110 juta, untuk siasatan dan untuk mengelakkan pemindahan hasil jenayah yang disyaki.

Turut dirampas juga adalah wang tunai lebih $23 juta, lebih 250 beg dan jam tangan mewah, lebih 120 peranti elektronik seperti komputer dan telefon bimbit, lebih 270 barang kemas, dua jongkong emas, dan 11 dokumen yang mempunyai maklumat tentang aset maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >