Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita didakwa lakukan gangguan dalam pergaduhan di East Coast Road

Sep 07, 2023 | 04:11 PM



Seorang wanita yang terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pemandu kereta semasa berbasikal di East Coast Road, menghadapi tuduhan melakukan gangguan.

Tertuduh, Nicolette Tan Shi-en, 32 tahun, seorang peguam, hadapi pertuduhan di Mahkamah Negara pada Khamis.

Dia telah didakwa memberhentikan basikalnya di hadapan kereta Cik Elaine Michele Ow antara 3 dan 3.30 petang pada 2 Jun lalu, menurut laporan The Straits Times.


Tan kemudian dikatakan berhadapan dengan Ow secara agresif, dan membuka pintu keretanya, menyebabkan Ow berasa cemas.

Video 39 saat yang dimuat naik ke laman Facebook pada Jun itu menunjukkan seorang penunggang basikal wanita menghalang sebuah kereta kelabu di East Coast Road, berhampiran persimpangan Joo Chiat Road.

Kedengaran hon kereta pemandu lain apabila penunggang basikal yang berpakaian baju kuning dan topi keledar biru, bercakap di telefon sambil menghalang kereta.

Beliau kelihatan di atas bonet kereta beberapa saat kemudian.

Kereta itu kemudian bergerak ke arah pusat beli-belah i12 Katong, dengan penunggang basikal berpaut pada kenderaan itu sambil jeritannya kedengaran dari jauh.

Selain didakwa menyebabkan gangguan, Tan juga didakwa menggunakan badannya untuk menghalang kereta Ow dan kenderaan belakangnya daripada bergerak.

Pada 7 Jun, Tan dan Ow masing-masing didakwa atas satu tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain.

Ow didakwa melakukan perbuatan terburu-buru dengan memandu keretanya apabila Tan berada di atas bonetnya.

Persidangan praperbicaraan untuk mereka akan berlangsung pada 6 Oktober.

Pertuduhan Tan atas perbuatan terburu-buru ditarik balik pada Khamis dan ini bermakna beliau tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Sebab tuduhan tersebut ditarik balik tidak didedahkan di mahkamah.

Jika disabitkan dengan gangguan, Tan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda sehingga $5,000.

Jika menyebabkan halangan kepada orang lain, pesalah boleh didenda hingga $1,000.

Jika melakukan perbuatan terburu-buru dan membahayakan keselamatan orang lain, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda sehingga $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >