Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hamil antara 71 diberkas atas kesalahan dadah

Nov 28, 2023 | 06:01 PM



Seramai 71 individu telah diberkas atas kesalahan dadah dalam operasi antidadah seluruh negara yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini.

Antara mereka yang diberkas termasuk seorang wanita hamil berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 18 tahun.

Sekitar 881 gram heroin, 193g dadah jenis ‘ice’, 137g ganja, satu tablet pil Erimin-5, dan wang tunai berjumlah $22,580.15 telah dirampas. Dadah terkawal yang dirampas mempunyai anggaran nilai sekitar $157,000.

Dalam kenyataannya pada Selasa, CNB berkata operasi yang dijalankan dari 19 hingga 23 November 2023 itu meliputi beberapa kawasan perumahan, termasuk Ang Mo Kio, Bukit Batok, Kallang dan Punggol.

Dalam catatan beliau di Facebook, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata siasatan terhadap wanita hamil itu mendapati suspek telah mengambil dadah ketika beliau sedang mengandung. 

Dr Faishal berkongsi bahawa wanita itu kembali mengambil dadah jenis ‘ice’ semasa hamil empat bulan pada Julai.

Wanita itu turut mengaku bahawa dia telah mengambil dadah itu setiap tiga minggu, dan beberapa jam sebelum ditahan.

Wanita itu akan mendapatkan dadah menerusi Telegram, dan dia dan teman lelakinya yang berusia 41 tahun (yang turut ditangkap) akan mengambil dadah ‘ice’ bersama-sama, tambah Dr Faishal.

“Tidak dapat dibayangkan bahawa seorang ibu boleh meletakkan anak dalam kandungannya dalam risiko hanya kerana ingin memuaskan ketagihannya sendiri.

“Mungkin dia tidak menyedari risikonya, tetapi hakikatnya kita mempunyai satu lagi kes penyalahgunaan dadah sebelum kelahiran di sini,” tulis Dr Faishal.

Beliau turut menegaskan bahawa dadah adalah “sangat berbahaya dan merosakkan” dan boleh menjejas pertimbangan ibu dan naluri keibuan bagi melindungi anak dalam kandungan.

Kajian yang dilalukan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) awal tahun ini mendapati bahawa penyalahgunaan dadah sebelum kelahiran (perinatal) boleh menyebabkan komplikasi kehamilan, simptom ketagihan dan kecacatan kongenital pada bayi yang terjejas, dan komplikasi jangka panjang kepada perkembangan kanak-kanak itu.

Dalam satu serbuan lain yang dilakukan pada 20 November 2023, CNB juga telah memberkas dua suspek warga Singapura kerana disyaki mengedar dadah.

Suspek pertama, berusia 64 tahun, ditahan selepas pegawai CNB menyerbu sebuah unit kediaman di sekitar Redhill Close. Sekitar 81g heroin, 13g ‘ice’ turut ditemui, manakala wang tunai berjumlah $22,580.15 juga dirampas.

Pegawai CNB juga telah menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di tempat persembunyiannya yang terletak di sekitar Champions Way di mana sekitar 679g heroin dan 95g ‘ice’ dirampas dari tempat persembunyian tersebut.

Di bawah Seksyen 5 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang, bagi dirinya, atau bagi pihak individu lain, sama ada individu itu berada di Singapura atau tidak, untuk mengedar dadah terkawal, menawar untuk mengedar dadah terkawal; atau untuk melakukan atau menawarkan untuk melakukan apa jua perbuatan menyediakan atau dengan tujuan mengedar dadah terkawal.

Jika seseorang itu didapati bersalah mengedar lebih daripada 15 gram heroin tulen, dia mungkin menghadapi hukuman mati mandatori.

Siasatan terhadap kesemua suspek sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >