Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh suspek diberkas, 2.5 kg heroin antara dadah bernilai $319,000 dirampas

Nov 09, 2023 | 06:34 PM



Tujuh warga Singapura ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dadah dan heroin serta Ice yang dianggarkan bernilai $319,000 dirampas dalam dua operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Selasa.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu – 2,452 gram heroin dan 198 gram Ice – boleh digunakan seramai 1,280 penagih selama seminggu, kata CNB dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa petang, pegawai CNB memberkas empat lelaki berumur antara 40 tahun dengan 58 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan dadah dekat Eunos Crescent.

Sebanyak 35 gram heroin dan 21 gram Ice serta perkakas berkaitan dadah dirampas dalam operasi itu.

Pegawai CNB turut menangkap seorang lelaki berumur 53 tahun yang disyaki mengedar dadah di kawasan itu.

Dia dibawa ke sebuah unit kediaman berdekatan dan sekitar 596 gram heroin, 80 gram Ice serta pelbagai perkakas berkaitan dadah dirampas di situ.

Dalam satu operasi berlainan yang dijalankan pada petang yang sama, pegawai CNB menangkap seorang lelaki berusia 68 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan dadah dekat Stesen MRT Boon Keng.

Polis menemui kira-kira 17 gram heroin daripadanya.

Pegawai CNB kemudian menangkap seorang lelaki berusia 67 tahun di sekitar Bendemeer. Pegawai CNB menemui kira-kira 1,804 gram heroin dan 97 gram Ice di tempat persembunyiannya di sebuah unit kediaman berhampiran.

Sesiapa didapati bersalah mengedar lebih 15 gram diamorphine, atau heroin tulen, boleh menghadapi hukuman mati mandatori.


CNB berkata siasatan terhadap suspek sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >