Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga alami alahan diundang ambil vaksin Sinovac-CoronaVac

MOH mula program bagi golongan ini divaksinasi di hospital awam agar dapat dipantau dengan teliti: Janil
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



WARGA yang mengalami alahan selepas mengambil vaksin mRNA Covid-19 seperti Pfizer-BioNTech atau Moderna, telah diundang untuk mengambil vaksin Sinovac-CoronaVac, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Beliau menambah pihak kementeriannya juga telah menubuhkan program bagi golongan ini menjalani vaksinasi di hospital awam agar dapat dipantau dengan teliti.



"Para individu ini akan diterima sebagai telah menjalani vaksinasi penuh selepas mengambil vaksin Sinovac," katanya.



Golongan ini juga boleh memilih untuk menunggu bagi vaksin Novavax yang akan dihantar menjelang akhir tahun ini.



Dr Janil berkata demikian di Parlimen semalam sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Parti Pekerja, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), tentang individu yang dihalang daripada mengambil dos kedua vaksin akibat alahan serta kedudukan terkini mengenai usaha negara mendapatkan vaksin Novavax.



Dr Janil berkata kementeriannya dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang bekerjasama dengan Novavax untuk mempermudahkan penyerahan pengawalseliaan.



"Meski kita mengiktiraf keperluan mempermudahkan akses vaksin tepat pada masanya, penilaian saintifik terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanannya tidak boleh ditolak ansur," katanya.



Dr Janil menambah HSA sedang menjalankan "semakan teliti dan menyeluruh" terhadap data vaksin daripada Sinovac China, untuk meninjau sama ada vaksin itu boleh disertakan dalam program vaksinasi negara.



Dalam pada itu, beliau turut memberikan perkembangan terkini mengenai program vaksinasi negara.



Sebanyak 61 peratus penduduk telah menamatkan proses vaksinasi dua dos penuh sehingga Sabtu lalu.



Terdapat kemajuan juga bagi vaksinasi dalam kalangan warga emas dengan 79 peratus bagi mereka berusia 70 tahun ke atas, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan sekitar 1,000 warga tua mendaftar setiap hari.



Namun, masih terdapat lebih 96,000 warga tua atau 21 peratus dalam kalangan mereka berusia 70 tahun ke atas yang belum lagi membuat temu janji vaksinasi.



Ini adalah 6 mata peratusan lebih tinggi daripada penduduk awam, kata Dr Janil lagi.



Selain itu, di Parlimen semalam juga, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, turut mengongsi bahawa Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) sedang memantau percubaan vaksinasi yang sedang dijalankan bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.



"(Jawatankuasa) itu akan menilai sama ada ia sesuai untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan memberi saranan kepada Kementerian Kesihatan pada masa yang sesuai," katanya.




SEKILAS



  • Warga yang mempunyai alahan terhadap vaksin mRNA Covid-19 telah diundang untuk mengambil vaksin Sinovac-CoronaVac

  • Program kesihatan awam khusus ditubuhkan di klinik hospital awam bagi pemantauan rapi

  • Warga yang mengambil satu dos vaksin mRNA dan satu lagi dos Sinovac-CoronaVac akan diterima sebagai telah mengambil vaksin penuh

  • Warga yang mempunyai alahan terhadap vaksin mRNA juga boleh memilih untuk menunggu vaksin Novavax

  • MOH berkata vaksin Novavax akan dihantar menjelang akhir tahun ini.

  • Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 juga sedang memantau percubaan vaksinasi bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Dari Parlimen:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >