Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas giat sumbang masa, tenaga ceriakan warga emas lain

Oct 27, 2023 | 06:20 PM



Walaupun usianya kian meningkat, Cik Fatimah Abdul Rahiman, 68 tahun, tetap meluangkan masa sejam setiap hari untuk menghiburkan warga emas di Pusat Penuaan Aktif Jia Ying (JY AAC) yang terletak di Blok 25 Hougang Avenue 3.

Untuk kekal aktif, Cik Fatimah sering melakukan senaman ringan di kawasan dekat rumahnya di Hougang, dan di situlah beliau berpeluang berkenalan dengan warga emas lain.

Dari situlah juga Cik Fatimah diperkenalkan kepada Pusat Penuaan Aktif Jia Ying, sekali gus menjadi detik permulaannya menjadi relawan.

Pusat itu menjalankan aktiviti seperti senaman zumba, melukis dan mewarna. Walaupun ada yang berkerusi roda, mereka tetap ingin bersenam bersama.

Aktiviti sedemikian dapat membantu mereka memperbaiki daya pergerakan dan mengekalkan fungsi motor untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Mereka juga seronok dapat meluangkan masa bersama teman-teman yang lain.

“Sudah lama saya jaga ibu saya, hinggalah beliau meninggal dunia. Saya faham sangat betapa sukarnya menjaga warga emas. Kita harus jaga perasaan mereka, takut nanti kecil hati. Kalau kecil hati nanti susah”, kata Cik Fatimah ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Pengalaman dan tanggungjawabnya yang berat selama menjaga ibunya telah mengajar Cik Fatimah erti kesabaran. Beliau juga amat selesa berhubung dan bergaul dengan mereka yang berusia senja.

Cik Fatimah juga berkata bahawa kita harus banyak bersabar dengan warga emas. 

“Kadangkala mereka hanya memerlukan seseorang untuk mendengar dan memahami mereka. Ada yang tidak bersefahaman di JY AAC dan ada kalanya tidak mahu duduk bersama.

“Untuk meleraikan masalah ini, saya harus memisahkan mereka supaya tidak berkelahi. Bermacam-macam watak yang ada,” tambahnya lagi.

Cik Fatimah juga akan melawat penduduk-penduduk di Blok 25 jika mereka tidak berkesempatan mengunjungi JY AAC.

Hubungan akrab yang terjalin membuat beliau berasa risau jika ada di antara mereka jatuh sakit. Kunjungan serupa, katanya lagi, biasanya meriah, siap dengan jamuan.

“Ada yang akan memasak untuk saya. Apabila mereka tahu saya akan datang, mereka akan sediakan lauk-pauk dan air untuk saya. Terharu juga kerana saya datang untuk bertanya khabar sahaja,” ujarnya.

Cik Fatimah berharap lebih ramai lagi warga emas atau mereka yang lanjut usia dapat menjadi relawan sepertinya. Ia menggalakkan orang ramai saling berasa prihatin terhadap satu sama lain.

“Kita juga boleh menjalin hubungan yang erat bersama dan mengatasi masalah kesepian. Impak yang kita dapat lihat dan rasa sangat berharga dan dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dan bukan sahaja warga emas.

“Saya berharap dapat terus menjadi relawan sehingga saya mampu... selagi saya masih sihat,” katanya.

Dalam Laporan Melakar Hala Tuju Singapura, pemerintah membentangkan beberapa tumpuan untuk masa depan, termasuk membantu warga emas menua dengan sejahtera.

Ini akan dilakukan dengan membantu warga emas menua dengan aktif dalam masyarakat melalui peluasan rangkaian Pusat Penuaan Aktif serta memperbaharui operasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >