Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura dipelawa kongsi maklum balas, cadangan bagi Belanjawan 2024

Dec 04, 2023 | 04:50 PM



Kementerian Kewangan (MOF) sedang mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada orang ramai untuk belanjawan akan datang, yang dijadualkan dibentangkan pada Februari 2024.

Belanjawan Singapura disediakan untuk setiap tahun kewangan yang bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya.

Belanjawan termasuk unjuran hasil dan perbelanjaan pemerintah yang disemak untuk tahun kewangan semasa, serta anggaran untuk tahun kewangan yang akan datang.

Individu, organisasi dan perniagaan boleh memberikan input mereka dari 4 Disember 2023 hingga 26 Januari 2024.

Dalam satu kenyataan pada 4 Disember, MOF menyenaraikan tema dan soalan berikut untuk maklum balas dan cadangan:

Membangunkan ekonomi yang berdaya saing dan mampan
dengan pekerjaan yang baik
untuk semua

  • Bagaimanakah Singapura boleh kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di dalam ekonomi global yang lebih kompetitif?
  • Bagaimanakah Singapura boleh memainkan kekuatan dalam merebut peluang pertumbuhan yang baru muncul?
  • Bagaimanakah kita boleh menyokong perniagaan tempatan kita untuk mengubah, berinovasi dan meletakkan diri mereka dengan baik untuk ekonomi masa depan?
  • Bagaimanakah kita boleh menyokong setiap pekerja untuk kekal relevan dan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam dunia yang cepat berubah?

Menjalin kekompakan
sosial yang kukuh

  • Bagaimanakah kita boleh membina keluarga yang lebih kukuh, dan menyokong mereka melalui setiap peringkat kehidupan?
  • Bagaimanakah kita boleh memperkasakan warga emas kita untuk menjalani kehidupan yang memuaskan dalam tahun emas mereka?
  • Bagaimanakah setiap daripada kita, termasuk pemerintah, perniagaan, dan masyarakat sivil, boleh membantu meningkatkan dan memperkasa rakyat Singapura yang terdedah dalam kalangan kita?

Membina negara yang selamat dan berdaya tahan

  • Bagaimanakah setiap daripada kita boleh memainkan peranan dalam memastikan Singapura selamat dan terjamin?
  • Apakah beberapa cara yang dapat kita ambil dalam mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan kita secara kolektif?
  • Bagaimanakah kita boleh mengimbangi menyokong keperluan rakyat Singapura yang paling mendesak dan merancang untuk jangka panjang, agar masyarakat dapat maju bersama ke arah masa depan?

Input boleh diberikan melalui beberapa saluran – laman Belanjawan Singapura, laman mikro Reach Budget 2024, halaman Facebook Reach Singapore, akaun Instagram Reach Singapore, dan laman Ask Kopi Kakis #shareyourviews Persatuan Rakyat (PA).


Unit maklum balas pemerintah, Reach, juga akan menganjurkan Listening Points – gerai maklum balas mudah alih untuk rakyat Singapura memberikan pandangan mereka secara peribadi.


PA dan pertubuhan akar umbinya juga akan mendekati rakyat Singapura di kawasan perumahan. Butiran akan dikemas kini secara berperingkat pada halaman web PA setelah disahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >