Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warna-warni Aidilfitri kembali di masjid

May 03, 2022 | 09:53 AM



GERIMIS di pagi 3 Mei tidak menghambat niat beribu Muslim di Singapura, termasuk sekitar 5,000 jemaah di Masjid Sultan mengerjakan solat Aidilfitri.



Seawal 6 pagi lagi jemaah sudah mula memenuhi ruang solat masjid tersebut bagi sesi pertama solat yang bermula pada 7.15 pagi.



Mereka turut disertai Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamad Abdullah Alhabshee, serta Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Ini merupakan solat Raya pertama Puan Halimah sebagai Presiden.



Turut hadir ialah Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Sa'at Abdul Rahman.



Khutbah pula disampaikan oleh Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Antara lain, Mufti menyentuh tentang pentingnya memegang kepada sifat mengutamakan kebaikan. Kata beliau:



"Mukmin yang sebenar akan sentiasa mengutamakan kebaikan, memperjuangkan kebaikan, mempertahankan kebaikan, tidak kira kepada sesiapa pun, dan bagi sesiapa pun.



"Oleh itu berpegang teguhlah pada prinsip dan nilai kebaikan ini, tidak kira apa keadaan dan situasi kita."



Sementara itu, meskipun jumlah jemaah tidak seramai biasa akibat langkah keselamatan yang masih dikenakan dek pandemik Covid-19, masyarakat Islam di Singapura dapat merasakan semangat Raya yang boleh dianggap lebih ‘normal’ tahun ini.



Bersyukur dapat menunaikan solat Hari Raya pada Selasa (3 Mei), Cik Masyithah Amad Ali, 46 tahun, yang ditemui di Masjid Sultan berkata:



"Syukur sekali sebab dah dua tahun tak dapat keluar rumah pun, sebab kita sekeluarga tujuh orang, jadi susah untuk ke mana-mana, tapi sekarang kita dapat keluar dengan senang hati beramai-ramai dan dapat masuk masjid, alhamdulillah."



Ini merupakan kali pertama beliau menunaikan solat Hari Raya di Masjid Sultan, katanya yang menetap di Hougang.



Ini disebabkan kebolehan masjid itu menampung bilangan jemaah yang ramai, yang memudahkan proses menempah slot bagi sesi pertama.



Seorang lagi jemaah yang ditemui, Encik Mohd Fitri Hashim, 56 tahun, akur berasa sedih dua tahun lalu kerana tidak dapat melakukan solat Aidilfitri di masjid.



Ini lebih-lebih lagi kerana mengunjungi Masjid Sultan di pagi Raya sudah merupakan tradisinya setiap tahun kata Encik Fitri yang dahulunya tinggal di kampung di daerah Bussorah Street.



"Tiap-tiap tahun memang kita semua orang-orang kampung akan berkumpul di sini (Masjid Sultan), jadi sedih sangat bila dua tahun lepas tak dapat.



"Tapi ini kali pertama selepas dua tahun, jadi kita gembira sebab dah dua tahun tak dapat sembahyang (Hari Raya)," ujar beliau.



Encik Fitri dan keluarganya berkata, mereka sudah bersepakat dengan kenalan kampung lain untuk menempah slot bagi sesi kedua solat dan tidak menghadapi sebarang kesukaran melakukan demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >