Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waspada akan perkembangan teknologi, AI: George Yeo

Ia boleh kikis kepercayaan dalam masyarakat jika disalah guna
Oct 05, 2023 | 07:29 PM



Kemunculan kecerdasan buatan (AI) generatif di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan boleh mengikis kepercayaan yang telah dibina dalam masyarakat, jika ia disalah guna.

Justeru, amat penting pemerintah dan ibu bapa berwaspada mengenai perkembangan AI dan teknologi, kata mantan menteri ehwal luar, Encik George Yeo.

“Tadi, terdapat satu klip video yang tersebar di media sosial yang menunjukkan Trump  (mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump) mengatakan perkara-perkara baik tentang China. Tetapi, saya diberitahu ia adalah palsu dan Trump tidak pernah berkata begitu.

“Tetapi apabila anda menonton video itu, anda tidak percaya yang beliau tidak mengucapkan kata-kata itu. Video palsu itu kelihatan benar hingga tidak jelas apa yang harus kita percaya apabila kita melihat sesuatu pada skrin kita. Ia sangat menakutkan,” kata Encik Yeo.

Demikian perkongsiannya semasa dialog bertajuk ‘Mencari Arah Baru di Tengah-Tengah Pergeseran Masyarakat’ pada Persidangan Masa Depan Asia, yang dianjurkan oleh SPH Media pada Khamis di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore.


Beliau disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sense Time, Encik Xu Li; dan CEO KG Media, Encik Andy Budiman. Dialog itu dikendalikan oleh Editor Lianhe Zaobao, Encik Goh Sin Teck.


Dalam dialog itu, Encik Yeo memberi amaran bahawa teknologi baru seperti AI dan pengkomputeran akan mewujudkan perpecahan baru di serata dunia, yang akan memburukkan lagi ketegangan geopolitik sedia ada dalam kalangan negara.

“Saya dahulu seorang askar. Kami belajar tentang perang masa lalu, tetapi hari ini di Ukraine, kita melihat revolusi peperangan yang baru – peperangan ‘dron swarm’ (dron yang boleh melakukan pengawasan dan serangan) dipacu AI. Ia menakutkan kerana kita tidak mempunyai teori perang pun untuk memahami perkara ini,” ujarnya.


Ditanya cara masyarakat di seluruh dunia menyesuaikan diri dalam perkembangan teknologi, budaya dan media, beliau berkata setiap masyarakat berkembang pada kadar berbeza.

“Kita semua sedang bergelut untuk mengejar perubahan dunia. Terlalu banyak perkara yang kita tidak faham dari segi teknologi dan ilmu.

“Tidak semua negara akan sama-sama dapat menyesuaikan diri. Ada yang dapat menyesuaikan diri lebih cepat daripada yang lain, kerana sikap mereka berbeza mengikut budaya,” kata Encik Yeo.

Apabila ditanya bagaimana China akan dapat mengatasi cabaran dalam teknologi memandangkan Amerika telah mengenakan beberapa sekatan ke atasnya, Encik Yeo berkata itu telah mewujudkan perpecahan di seluruh dunia.

“Amerika cuba memperlahankan China, menghentikan China, tetapi ia mungkin menjadikan China lebih kuat kerana ia kini terpaksa berdikari. Semakin besar cabarannya, semakin besar balasannya dan ini tidak baik untuk dunia,” kata Encik Yeo.

Persidangan tersebut dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Ia turut menampilkan lebih 20 penceramah tempatan dan antarabangsa yang terkenal, dan sekitar 300 delegasi, termasuk tokoh pemikir dan wakil kanan daripada sektor awam, swasta dan rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >