Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP lancar siri bincang isu perumahan di TikTok

Aug 15, 2023 | 07:31 PM



Parti Pekerja (WP) akan melancarkan siri ‘Let’s Talk’ di TikTok yang membincangkan isu-isu berkaitan perumahan awam.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, WP berkata siri perintis itu “berharap dapat melibatkan lebih ramai rakyat Singapura dalam isu dasar yang bergema dan menjadi kebimbangan utama rakyat”.

Antara isu yang akan dibincangkan termasuk ketermampuan bagi pembelian flat baru dan kecukupan bagi persaraan.

Siri tersebut akan menawarkan empat episod yang akan dikeluarkan dari 16 hingga 19 Ogos. Antara isu-isu yang akan dibincangkan termasuk Skim Beli Balik Pajakan (LBS) dan Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).

Episod keempat akan menampilkan dua Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Encik Louis Chua dan Profesor Madya Jamus Lim, yang akan membentangkan dasar perumahan awam alternatif yang dicadangkan oleh WP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >