Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia belanja $58 untuk beri pekerja asing makanan, minuman sempena ulang tahun S’pura ke-58

Aug 10, 2023 | 04:53 PM



Sempena ulang tahun Singapura yang ke-58, seorang belia berusia 24 tahun telah membelanjakan $58 khas untuk membeli makanan dan minuman buat pekerja asing.

Encik Muhammad Noor Tijany, yang lebih dikenali sebagai Donjany dalam dunia maya, telah memuat naik video Tik Tok pada Rabu yang menunjukkan beliau membeli dan mengagihkan makanan berbentuk biryani dan minuman kepada beberapa pekerja asing di kawasan Boat Quay.

Pekerja asing yang ditemui, membalas dengan senyuman lebar terukir pada wajah masing-masing.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Donjany berkata ini merupakan kali pertama beliau melaksanakan usaha tersebut.


“Kami sedar bahawa pekerja migran telah membina rumah kami, mereka bekerja siang dan malam membina flat HDB, laluan MRT dan membantu memastikan estet kita bersih. Tujuan (saya) lakukan inisiatif ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada wira yang kurang diiktiraf yang berada jauh daripada rumah mereka,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa warga Singapura patut mewujudkan sekitaran di mana pekerja asing ini dapat merasakan hidup bermasyarakat dan bahawa mereka berada di ‘rumah’.

Pengalaman menyentuh hati itu yang membolehkannya mengenali pengorbanan pekerja asing ini, membuat beliau lebih menghargai kehadiran mereka.

Dalam video Tik Tok yang menjana lebih 36,000 ‘like’ dan dikongsi lebih 1,000 kali itu, Donjany berkata:

“Hari kebangsaan bukan hanya perayaan buat warga Singapura tetapi buat semua yang telah membina tempat ini yang kita panggil rumah.”

Beliau menambah:

“Saya rasa inilah masa terbaik untuk kita sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit penghargaan kepada mereka kerana di akhirnya, mereka merupakan manusia biasa dengan emosi. Ia membuat mereka rasa gembira apabila kita menunjukkan penghargaan kepada mereka.”







Beliau turut mengundang orang ramai agar menyertainya dalam menyumbang kembali kepada pekerja migran menerusi inisiatif ‘Thank You Bhaiya 2023’, atas kerjasama dengan Forum Belia Muslim (MYF).

MYF akan mengadakan jamuan biryani bagi makan tengah hari buat 1,000 pekerja asing untuk menghargai jasa mereka.

Ia meyasarkan untuk mengumpul $10,000 menjelang akhir Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >