Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy umum insentif hingga $2,500 bagi sekitar 200 tutor Skim Tuisyen Mendaki

Nov 26, 2023 | 08:30 PM



Sekitar 200 tutor di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) yang berjaya mengekalkan kehadiran pelajar ke kelas dengan baik dan mencapai keputusan baik bagi pelajar akan menerima insentif kewangan sehingga $2,500.

Insentif tersebut, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, diharap dapat menggalak lebih ramai tutor baru untuk tampil.

Ini di samping menghargai tutor yang sedia ada yang menonjolkan prestasi memberangsangkan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada acara tahunan Anugerah Tutor Mendaki yang berlangsung di Max Atria, Singapore Expo, pada Ahad.

Majlis itu menyaksikan 51 anugerah diberikan – termasuk 34 Anugerah Tutor Cemerlang, lima Anugerah Ketua Tutor Cemerlang, anugerah ulung iaitu Anugerah Sumbangan Cemerlang dan 11 Anugerah Perkhidmatan Lama – jelas Mendaki dalam satu kenyataan media.

Encik Zaqy berkata: “Insentif ini menandakan penghargaan mendalam Mendaki terhadap sumbangan tutor yang tidak terhingga kepada perkembangan pelajar kami.

“Saya berharap insentif ini akan menggalak lebih ramai tutor yang berpotensi untuk tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Mendaki dalam membina sebuah ‘Masyarakat Gemilang’.”

Penerimaan insentif sedemikian oleh para tutor, kata Mendaki, adalah berlandaskan dua faktor – pertama peratusan kekerapan pelajar yang hadir ke kelas MTS dan yang kedua ialah peratusan pelajar dalam kelas dengan peningkatan satu gred berdasarkan penilaian ujian yang dijalankan sebelum dan sesudah program MTS sepanjang setahun.

Encik Zaqy turut berkongsi bahawa Mendaki sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasa pembelajaran pelajar dan membantu golongan tutor.

“Kami sedang meneroka (penggunaan ini) dan sedang bekerjasama dengan institusi di MIT (Institut Teknologi Massachusetts) di Amerika Syarikat untuk teroka beberapa teknologi,” tambahnya.

Beliau memberi penekanan bahawa penggunaan AI bukanlah untuk menyisih peranan tutor, tetapi adalah untuk membantu pelajar.

“Saya rasa dari segi kapasiti untuk menambah lebih banyak pusat (pendidikan), ia sesuatu yang agak mustahil.

“Tetapi kami boleh lihat kepada penggunaan teknologi bagi membantu kami optimumkan kelas dengan cara terbaik dan membuka lebih banyak bilik darjah secara maya,” ujar Encik Zaqy.

Dengan cara demikian, kata beliau, ia dapat melibatkan masyarakat secara lebih meluas dan merentasi lebih ramai golongan, sekali gus memperhalusi peranan MTS untuk “mencetuskan perubahan kepada masyarakat”.

Sekitar 130 tutor, ketua tutor, penyelia pusat, rakan kongsi dan penyumbang utama MTS menghadiri majlis itu.

Anugerah terulung iaitu Anugerah Sumbangan Cemerlang diberikan kepada Encik Siah Nah Nam, penyelia pusat Sekolah Rendah Lakeside yang telah menabur bakti selama 20 tahun.

Sejak MTS ditubuhkan pada 1982, lebih 250,000 pelajar telah meraih manfaat daripadanya.

Sejak Januari 2023, Mendaki telah menaikkan elaun tutor di bawah MTS sebanyak 20 peratus daripada $50 sejam kepada $60 sejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >