Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zayn Ifzan bayi pertama dilahirkan pada Hari Kebangsaan

Aug 09, 2023 | 05:31 PM



Kemeriahan yang tidak terhingga dapat dirasakan oleh Encik Mohamad Syazwan Azmad dan Cik Nuraqilah Abdul Hamid tatkala mereka menyambut kelahiran anak mereka yang pertama, Zayn Ifzan Mohamad Syazwan, pada Hari Kebangsaan.

Tepat pada pukul 12 tengah malam, Zayn Ifzan merupakan bayi pertama yang dilahirkan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita KK (KKH).

Menurut jurucakap hospital tersebut, terdapat dua lagi bayi yang dilahirkan pada awal pagi 9 Ogos, seorang yang berbangsa Melayu pada 12.33 pagi dan seorang lagi berbangsa Cina pada 12.35 pagi.







Di Hospital Raffles pula, Encik Muhammad Syukur Mohamed Salleh dan isterinya, Cik Nur Atika Andari selamat menyambut kelahiran anak mereka yang kedua pada 1.28 pagi.

Berkongsi berita itu di Instagramnya, Dr Jazlan Joosoph, pakar obstetrik & ginekologi di Hospital Raffles, turut tumpang gembira dapat melahirkan bayi yang dinamakan Muhammad Zayyan itu.

“Bayi Hari Kebangsaan! Tahniah kepada Muhammad Syukur dan Nur Atika!” katanya di Instagram.

Menurut Dr Jazlan, ini bukan kali pertama beliau melahirkan bayi Hari Kebangsaan.

“Setiap tahun, saya dapat melahirkan bayi Hari Kebangsaan. Sudah tentu ia lebih istimewa kerana sifat sambutan hari yang bermakna ini. Ibu bapa juga lebih gembira untuk mempunyai bayi yang dilahirkan pada hari ini. Tarikh mudah diingati.

“Oleh itu, saya berkongsi kegembiraan mereka dan rela mengorbankan tidur dan cuti umum saya untuk memastikan mereka selamat melahirkan bayi Hari Kebangsaan mereka,” kata Dr Jazlan.

Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Nur Atika meluahkan rasa syukur dan gembira kerana tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang kandungan dan ketika bersalin.


Beliau dan suaminya, sebelum ini, telah diberikan tarikh jangkaan bersalin (EDD) pada 24 Ogos, tetapi berharap untuk melahirkan anak mereka pada 9 Ogos.

“Setelah mendapat tahu tarikh bersalin daripada Dr Jazlan, kami suami isteri membuat keputusan untuk cuba bersalin pada Hari Kebangsaan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, si kecil dapat dilahirkan.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Jazlan serta kakitangan Hospital Raffles kerana telah menjaga, melayan dan memberikan khidmat yang sangat baik kepada kami,” kata Cik Nur Atika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >