147 murid Sekolah Rendah North View disyaki alami simptom gastroenteritis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

147 murid Sekolah Rendah North View disyaki alami simptom gastroenteritis

Jan 19, 2026 | 9:38 PM

147 murid Sekolah Rendah North View disyaki alami simptom gastroenteritis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sekolah rendah north view, yishun, gastroenteritis
147 pelajar Sekolah Rendah North View di Yishun disyaki mengalami gastroenteritis sejak 13 Januari. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Pihak berkuasa sedang menyiasat 147 kes yang disyaki gastroenteritis melibatkan murid dari Sekolah Rendah North View (NVPS) di Yishun.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, Agensi Makanan Singapura (SFA), dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada 19 Januari, murid-murid dari pelbagai darjah dilaporkan mengalami gejala sejak 13 Januari lalu.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada mereka dilaporkan telah pulih setakat 18 Januari.

Seorang murid dimasukkan ke hospital pada 17 Januari dan telah dibenarkan pulang pada 18 Januari dalam keadaan stabil, menurut kenyataan itu.

“Pihak sekolah telah menghubungi pelajar yang terjejas dan ibu bapa mereka, dan akan terus memantau kesejahteraan pelajar,” tambah mereka.

Pihak sekolah sedang bekerjasama rapat dengan SFA dan CDA untuk menyiasat kejadian tersebut.

Gastroenteritis boleh merebak melalui pelbagai cara, termasuk melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar, sentuhan antara manusia atau sentuhan dengan persekitaran yang tercemar.

Simptomnya termasuk cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam.

NVPS berkata ia telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti membersihkan dan mensanitasi bilik darjah dan kawasan umum, serta mengurangkan perhimpunan melibatkan seluruh sekolah.

Murid-murid juga telah diingatkan untuk mengamalkan kebersihan diri dan berehat di rumah jika mereka tidak sihat.

NVPS bukan antara 13 sekolah di Singapura yang mengguna pakai model dapur pusat pada Januari.

Terdahulu pada Januari, 60 murid dari Sekolah Rendah River Valley - yang mengguna pakai model dapur pusat di mana satu pengendali menguruskan kantin - melaporkan mengalami simptom gastroenteritis.

Murid-murid berasa tidak sihat selepas makan tengah hari pada 14 Januari, dan melaporkan simptom pada keesokan harinya.

Pihak sekolah sedang memantau kesejahteraan murid-murid, dan sedang bekerjasama dengan SFA dan CDA untuk menyiasat perkara tersebut dan menentukan punca kejadian tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg