Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

300 relawan SAF bantu bersih flat sewa sempena Tahun Baru Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 relawan SAF bantu bersih flat sewa sempena Tahun Baru Cina

Inisiatif Silver Homes jangkau lebih
50 rumah di Kg Gelam
Jan 04, 2024 | 06:16 PM



Seramai 300 sukarelawan daripada Batalion 10 Kumpulan Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) (10 C4I Bn) membawa keceriaan kepada warga emas yang tinggal di flat sewa awam Kampong Gelam dengan membantu membersihkan rumah mereka sempena persiapan buat Tahun Baru Cina.

Usaha tersebut adalah sebahagian daripada program ‘Silver Homes’ yang dijalankan pada 4 Januari antara Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore dan SAF.

“Central Singapore mempunyai bilangan warga emas yang tertinggi. Semakin Singapura maju, terdapat risiko mereka mungkin tertinggal. Ia memerlukan banyak tangan untuk memastikan persekitaran hidup yang bersih, sihat dan selamat untuk warga emas.

“Hakikat bahawa Silver Homes dapat meneruskan usaha ini adalah bukti sokongan kolektif daripada rakan kongsi kami yang berjiwa besar, seperti SAF, yang menyingsing lengan dan menghulurkan tangan mereka untuk meningkatkan semangat warga emas kami,” kata Mayor CDC Central Singapore dan Penasihat Akar Umbi GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua.

Silver Homes adalah satu program yang dipacu sukarelawan yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal warga emas kurang bernasib baik dengan memperbaiki keadaan hidup mereka.

Ini dilakukan melalui inisiatif pembaikan rumah seperti pembersihan, mengecat, menggantikan perabot dan rawatan haiwan perosak.

Inisiatif Silver Homes dengan SAF kali ini menyaksikan kumpulan sukarelawan terbesar sejak pandemik Covid-19, menjangkau lebih 50 flat rumah di sepanjang Beach Road, Jalan Sultan dan North Bridge Road.

“Selain menjawab panggilan menjaga keselamatan Singapura, batalion kami juga ingin mengukuhkan pemikiran sivik kakitangan kami dengan melakukan khidmat masyarakat yang bermakna.

“Inisiatif Silver Homes memberi peluang kepada kakitangan perkhidmatan kami mendekati warga emas dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadikan Singapura seperti hari ini,” kata Pegawai Pemerintah 10 C4I Bn, Leftenan Kolonel Wilson Tan.

Salah seorang penerima bantuan, Encik Muhammad Imran Abdullah, 58 tahun, berkongsi bahawa beliau berterima kasih atas bantuan SAF mengemas rumahnya dan membantu memindahkan kabinet baru yang beliau terima daripada rakannya.

Encik Imran tidak dapat bekerja kerana kecederaan yang dialami semasa bertugas dan kini tidak dapat berjalan tanpa bantuan.

Beliau kini tinggal bersama rakan yang merupakan penjaga utamanya dan menerima bantuan kewangan daripada Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO).

“Terima kasih banyak kepada Silver Homes dan sukarelawan. Mereka membantu saya mengemas rumah. Kabinet baru saya telah meluaskan ruang dan kini lebih senang mengambil ubat saya,” kata Encik Imran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >