Dengan lebih 50 acara sepanjang tiga hujung minggu, Pesta Malam Singapura, pasti ada yang menarik untuk semua.
Berikut antara kegiatan yang menanti pengunjung:
#WaterlooStKakis kembali ke Pesta Malam Singapura dengan kerjasama kedua antara Center 42, Objectifs, P7:1SMA, Pusat Pengurusan Seni dan Budaya, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan The Theatre Practice.
Daripada persembahan kepada pameran foto, hingga kepada previu menu baru daripada seniman makanan, Kuah Kai Wen, kepelbagaian program yang akan diadakan bakal membawa kemeriahan kepada laluan warisan ini.
Tempat: Waterloo Street
Tarikh: 23 Ogos hingga 7 September, pelbagai masa
Bayaran masuk: Percuma dan berbayar
Maklumat lanjut: str.sg/pXkr
Buang kenangan pahit zaman persekolahan dan kembalikan keanak-anakan dalam diri. Kunjungi ruang gimnasium yang dipenuhi haiwan boneka dan bas disko yang membuka pintu keseronokan, serta Anak Tangga Pengesahan (Affirmation Steps) bagi membangkitkan semangat.
Tempat: Bugis Street Art Lane, 92 Arab Street
Tarikh: 23 Ogos hingga 7 September, 7.30 malam hingga tengah malam setiap hari
Bayaran masuk: Percuma
Maklumat lanjut: str.sg/6c6S
Bersantai pada waktu malam sambil bermain permainan papan dengan hidangan minuman dan makanan di bawah cahaya bulan bersama rakan dan keluarga.
Tempat: Sundeck Aras 3, Muzium Negara Singapura, 93 Stamford Road
Tarikh: 23, 24, 30, 31 Ogos dan 6 dan 7 September, 7 malam hingga tengah malam
Bayaran masuk: Dibayar di tempat acara; tiada prapendaftaran
Maklumat lanjut: str.sg/3Hdyk
Terokai sejarah gelap warisan Singapura seperti yang diceritakan melalui kisah pertemuan hantu dan cerita di sebalik hantu.
Program dianjurkan oleh Supernatural Confessions.
Tempat: Bermula di Muzium Peranakan, 39 Armenian Street
Tarikha: 23, 29, 30, 31 Ogos dan 6 September pada 6.30, 8, 9 dan 10.30 malam
Bayaran masuk: $35
Maklumat lanjut: str.sg/tjyQ
Susulan kepada pementasan, The Bird, The Squirrel And The Sambar Deer Of Bukit Larangan, pada 2023, seorang anak muda yang pergi berkhemah, berlumba dengan beberapa haiwan untuk mencari kebenaran tentang sebatang pokok suci.
Tempat: Fort Canning Rise berhampiran Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, 7 Canning Rise
Tarikh: 23, 24, 30, 31 Ogos dan 6 dan 7 September pada 8.30 malam
Bayaran masuk: Percuma
Maklumat lanjut: str.sg/v9Re
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg