Topik diikuti
Pergi ke BHku5 fakta menarik NDP terdahulu
Mari kita imbau kembali detik menarik dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang lalu.
1. Lokasi NDP
Sejak 1966, NDP kerap diadakan di Padang sebelum dipindahkan ke Stadium Negara pada 1976 agar lebih ramai orang dapat mengambil bahagian dalam sambutan itu. Ia kemudian beralih ke pelbagai lokasi dari 1975 hingga 1983, dengan satu lokasi berpusat di Padang.
Acara itu kemudiannya dipindahkan ke Pentas Terapung Marina Bay pada 2007, yang memperkenalkan elemen pertunjukan air secara dramatik dengan penglibatan kapal pengawal pantai dan kapal penembak.
2. Undi elektronik untuk peroleh tiket NDP
Pengenalan sistem pengundian atau balloting pada 2003 mencetuskan masalah baharu apabila sekitar 4,000 tiket tidak dituntut.
Perkara sama berlaku pada tahun berikutnya, di mana 1,800 tiket tidak dituntut menjelang tarikh tutup walaupun hanya pendaftaran melalui telefon dibenarkan pada tahun tersebut, kerana ramai yang memberikan nombor telefon yang tidak sah.
Selain itu, pada 2003, dilaporkan terdapat 600 percubaan sehari untuk menggodam laman web Hari Kebangsaan.
Lebih 80,000 orang membanjiri laman web tersebut dalam tempoh dua hari pertama, menyebabkan kesesakan dalam talian serta mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 557,000 permohonan.
3. Murid sekolah rendah hadiri raptai
Tradisi pelajar Darjah Lima menghadiri raptai bagi Pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) bermula pada 19 Julai 1997, apabila satu sesi raptai NDP diperuntukkan khas untuk murid sekolah buat julung kalinya.
Sekitar 40,000 murid menghadiri pertunjukan yang merangkumi jet Angkatan Tentera Udara serta pertunjukan bunga api berskala kecil yang membentuk bulan sabit dan bintang.
4. Daripada acara siang hari kepada malam
NDP diadakan pada siang hari sehinggalah pada 1973, apabila ia diubah menjadi acara malam. Sehingga 1984, acara kemuncak selalunya menampilkan persembahan tarian singa dan naga secara beramai-ramai.
5. Acara bedilan hormat 21 das
Tradisinya telah bermula sejak abad ke-14 lagi, yang melambangkan tanda penghormatan tertinggi. Walaupun tradisi itu diwarisi daripada British, bedilan hormat telah menjadi cara bagi tentera untuk memberi isyarat niat baik mereka sejak zaman pertengahan.
