Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara riadah bersama Mufti galak jaga kesihatan

Sep 14, 2025 | 7:14 PM
Mufti, berjalan, sihat
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir (empat dari kanan) bersama lebih 500 peserta di kawasan Masjid Al-Istighfar untuk memulakan acara Move with Mufti pada 14 September. Turut hadir adalah Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha (kanan) dan Timbalan Pegawai Eksekutif Muis,Dr Albakri Ahmad (dua dari kiri). - Foto FACEBOOK MUIS

Lebih 500 peserta mengambil bahagian dalam acara riadah dan senaman Move with Mufti pada 14 September.

Mereka, yang terdiri daripada pengurusan kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), wakil-wakil masjid, dan anggota masyarakat berkumpul di Masjid Al-Istighfar pada 7.15 pagi.

Mereka kemudian berjalan melalui Taman Pasir Ris sebelum kembali ke Masjid Al-Istighfar.

Peserta boleh memilih antara dua laluan, iaitu laluan larian sejauh kira-kira enam kilometer (km) atau laluan berjalan kaki sejauh sekitar 4 kilometer.

Acara tersebut dianjurkan bersama Pejabat Mufti dan Masjid Al-Istighfar.

Dalam satu hantaran Facebook Muis, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata menjaga kesihatan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab agama.

“Menjaga kesihatan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab agama, dan ia sesuatu yang boleh kita ingatkan serta galakkan antara satu sama lain,” ujar beliau, yang juga turun padang dalam acara tersebut.

Selain Mufti, turut hadir untuk acara tersebut adalah Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha.

Ini merupakan kali kedua acara Move with Mufti diadakan.

Sebelum ini, ia pernah diadakan di bahagian barat Singapura pada 2023, di mana peserta berkumpul di Jurong Lake Gardens.

Acara tersebut ketika itu dianjurkan dengan kerjasama Masjid Assyakirin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg