Tatkala menyedari cabaran yang kian berkembang dan berubah dalam pendidikan madrasah, bakal Pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah (MAA) yang baharu, Ustaz Dr Afif Pasuni, berhasrat meneruskan legasi institusi bersejarah ini dalam melahirkan pemimpin masyarakat yang mampu menghadapi cabaran semasa.

Cabaran yang dimaksudkan termasuk keperluan untuk kekal berakar pada tradisi keilmuan Islam di samping menguasai kemahiran baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan juga pemikiran kritis dalam era perubahan zaman ini.