Topic followed successfully
Go to BHkuSumbangan dua pengetua madrasah jadi landasan pengganti terus corak kecemerlangan
Sumbangan dua pengetua madrasah jadi landasan pengganti terus corak kecemerlangan
Faishal: Peralihan kepimpinan di Madrasah Al-Arabiah, Madrasah Aljunied gambaran komitmen berterusan Muis perkukuh kejayaan akademik dan kerohanian pelajar
Apr 29, 2026 | 3:00 PM
Sumbangan dua pengetua madrasah jadi landasan pengganti terus corak kecemerlangan
Setelah berkhidmat di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah selama lebih 20 tahun dan menggalas tanggungjawab sebagai pengetua sejak 2023, Cik Aisha Abdul Manaf, 62 tahun, (dua dari kiri) akan bersara, dengan tugasnya diambil alih Encik Abdul Ghani Mohammad Isa, 45 tahun, (dua dari kanan). Encik Herman Cher Ma’in, 59 tahun, (kiri) yang telah berkhidmat di Madrasah Aljunied Al-Islamiah sebagai pengetua sejak 2023, akan menyambung peranannya sebagai Superintenden Sistem Madrasah Bersama (JMS) yang turut digalas sewaktu menjadi pengetua. Amanahnya selaku pengetua akan digantikan Ustaz Dr Afif Pasuni, 44 tahun, (kanan), mulai 1 Julai 2026. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL MD FAIZAL
Setelah berkhidmat di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) selama lebih 20 tahun, Cik Aisha Abdul Manaf akan melangkah ke alam persaraan.
Pendidik berusia 62 tahun itu telah memegang jawatan pengetua sejak 2023 dan merupakan naib pengetua di madrasah tersebut sebelum itu.
Laporan berkaitan
Alumni Madrasah Aljunied bakal kembali sebagai pengetua, anggap amanah berat tapi bermaknaApr 29, 2026 | 3:00 PM
Faishal puji dedikasi Madrasah Al-Arabiah didik pelajar selama 80 tahun Feb 14, 2026 | 7:21 PM
Kepimpinan baru di Madrasah Aljunied, Al-ArabiahMay 31, 2023 | 8:33 PM


