Topic followed successfully
Go to BHkuAmos Yee diserang di konvensyen ‘anime’, remaja didakwa
Amos Yee diserang di konvensyen ‘anime’, remaja didakwa
Remaja tertuduh dipercayai tumbuk dan tendang mangsa
May 11, 2026 | 1:28 PM
Amos Yee diserang di konvensyen ‘anime’, remaja didakwa
Dalam video yang tular dalam talian, seorang remaja dilihat menyerang seorang lelaki, yang dipercayai Amos Yee. Amos dalam satu hantaran di X pada 9 Mei, berkata beliau mengalami kecederaan pada bibirnya akibat kejadian itu. - Foto TANGKAP LAYAR LFCLADERINO, X AMOSYEEISHERE
Seorang remaja dituduh menyerang pempengaruh Amos Yee di sebuah konvensyen anime di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, telah didakwa atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan satu lagi tuduhan mengganggu ketenteraman awam.
Bosco Chun Ho Wang, 18 tahun, yang hadir di mahkamah melalui pautan video dari Divisyen Polis Pusat (CPD) pada 11 Mei, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar pukul 2 petang pada 9 Mei.
Laporan berkaitan
Shanmugam: Kes Amos Yee singkap ‘hipokrasi besar’ media BaratApr 6, 2026 | 6:09 PM
Amos Yee dibebas dari Penjara Changi selepas ibu bayar jaminan $10,000Mar 26, 2026 | 2:14 PM
Amos Yee didakwa di mahkamah S’pura selepas dihantar pulang dari ASMar 20, 2026 | 3:24 PM
Amos Yee ditahan di pusat imigresen AS selepas seminggu dibebaskanNov 24, 2025 | 3:19 PM
Blogger Amos Yee didakwa di mahkamah ASJul 30, 2024 | 9:51 AM

