Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anggota jemaah umrah S’pura meninggal di Makkah lepas sesak nafas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota jemaah umrah S’pura meninggal di Makkah lepas sesak nafas

Feb 23, 2024 | 09:54 PM



Setelah melaksanakan umrah dua kali sejak tiba di Makkah pada 19 Februari, pasangan warga senja dari Singapura, Encik Mohamed Rafie Noor Mohamed dan Cik Aminah Maidin, ingin berehat pada 23 Februari.

Cik Aminah, 68 tahun, berkata mereka mahu meneroka kota suci itu sambil membeli oleh-oleh untuk keluarga di Singapura pada hari tersebut.

Namun, belum sempat bersarapan pagi itu, Encik Mohamed Rafie, 70 tahun, tiba-tiba mengalami sesak nafas di lobi hotel dan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Jenazah Allahyarham dikebumi di Makam Syaraya selepas maghrib waktu Arab Saudi pada 23 Februari.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.45 pagi akibat serangan sakit jantung, menurut pemilik Naz Travel, Encik Mohammed Nazril Ahmad, yang menukil maklumat daripada pihak kesihatan di Makkah.

Pasangan yang telah berumah tangga selama 45 tahun itu antara sekitar 60 orang yang menyertai rombongan umrah yang dikendalikan Naz Travel. Mereka bertolak dari Singapura pada 19 Februari dan dijadualkan pulang pada 1 Mac.

Encik Nazril memberitahu Berita Harian kejadian itu berlaku di lobi lif hotel Hilton di Makkah sekitar 8 pagi ketika jemaah berkumpul bagi melaksanakan umrah ketiga.


Cik Aminah berkata beliau dan Allahyarham sepatutnya turut melakukan umrah ketiga itu, namun mereka kemudian memutuskan untuk berehat kerana batuk-batuk sejak 22 Februari. Ia juga kerana mereka sudah melakukan dua umrah.

Sekitar 8 pagi itu, Allahyarham turun ke lobi untuk bersarapan dan bertemu anggota jemaah yang lain.

Sewaktu duduk di sebuah kerusi panjang di lobi itu, Allahyarham tiba-tiba mula sesak nafas hingga menarik perhatian anggota jemaah lain.

Beliau kemudian baring di sofa itu dan beberapa anggota jemaah memberi bantuan kepadanya. Namun, keadaan arwah bertambah kurang baik.

Cik Aminah, seorang ibu tiga anak, berkata: “Saya dan suami saya memang ada rasa kurang sihat sedikit, tapi setakat batuk sahaja. Jadi kami putuskan untuk berehat.

“Kami berharap apabila pulih sedikit selepas berehat, kami mahu berjalan-jalan sebab kami belum beli apa-apa pun.

“Saya agak terkejut sebab sebelum itu suami saya tak nampak ada sakit-sakit pun.

Beberapa anggota jemaah adalah paramedik dan mereka memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Allahyarham namun tidak dapat menyedarkan beliau.

“Selepas lima atau 10 minit, mereka cakap arwah suami saya sudah tak ada nadi,” singkap Cik Aminah.

Ambulans tiba di tempat kejadian sekitar 8.45 pagi dan membawa Allahyarham ke hospital.

“Saya agak terkejut sebab sebelum itu, suami saya tak nampak ada sakit-sakit pun,” kata Cik Aminah, yang juga berkata Allahyarham menghidap tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis.

“Sudah ditakdirkan beliau pergi,” ujarnya lagi.

“Beliau seorang yang pendiam, sekali-sekala ada gurauan jugalah,” tambah Cik Aminah mengenai suaminya.

Cik Aminah berkata beliau merancang pulang ke Singapura secepat mungkin jika ada penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >