Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jemaah S’pura meninggal di Masjidil Haram dalam keadaan ihram

Oct 25, 2023 | 08:39 PM



Sudah menjadi lumrah Encik Osman Mohamed Saleh, 70 tahun, untuk mengerjakan umrah hampir setiap tahun.

Bahkan, ayah kepada empat anak itu ada kalanya berpeluang melakukan ibadah umrah sehingga dua kali setahun disebabkan bidang pekerjaannya sebagai Pengurus Penjualan Tiket Penumpang dan Tiket Bandar di Alkanaah International Tours & Travel Pte Ltd – ejen perkhidmatan darat bagi syarikat penerbangan Saudia di Singapura.

Namun sudah tulisan takdir, beliau menemui ajal dalam keadaan berihram semasa melakukan umrah pada Selasa.

Difahamkan beliau rebah selepas selesai mengerjakan ibadah sai lalu meninggal dunia.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH) pada Rabu, puteri Allahyarham Osman, Cik Amira Osman, 42 tahun, menjelaskan bapanya ke Jeddah untuk menghadiri persidangan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu dan tamat pada Khamis.


Beliau berkata bapanya tiba di Jeddah pada Isnin dan dijangka pulang pada Sabtu.

“Setiap kali ayah berpeluang ke Jeddah (bagi urusan pekerjaan), beliau akan kerjakan umrah,” jelas anak kedua dalam kalangan empat beradik itu.

Cik Amira menambah, arwah biasanya ditemani isteri, Cik Fauziah Arshad, 68 tahun, dan akan melaksanakan umrah bersama.

Namun kali ini, ibu Cik Amira tidak ikut serta kerana majikan Allahyarham Osman ingin menghadiri persidangan dan melakukan umrah bersama arwah.

Cik Fauziah berkongsi bahawa kali terakhir arwah suaminya menghubungi beliau adalah sekitar 9.45 pagi Selasa, waktu Singapura, menerusi panggilan telefon.

Sambil menahan sebak, beliau berkongsi: “Arwah berkata beliau dalam perjalanan dalam kereta ke Makkah (bagi melakukan umrah).

“Saya ucapkan agar arwah selamat pulang dan agar beliau tidak lupa doa (bagi kesejahteraan keluarga).

“Namun apakan daya, ini suratan Allah swt, saya ikhlas dengan pemergiannya.”


Menurut Cik Amira, arwah telah menabur bakti di syarikat itu selama 40 tahun. Kata Cik Amira lagi, pekerjaan ayahnya itu melibatkan penjualan tiket kepada jemaah haji dan umrah, termasuk dengan pihak agensi pelancongan.

Beliau menjelaskan, ayahnya tiba di Makkah dari Jeddah pada Selasa bersama majikan untuk melangsungkan umrah pada sebelah pagi (waktu tempatan).

“Kami menerima panggilan sekitar 1.30 petang waktu Singapura berkenaan berita pemergian ayah. Kami masih cuba memproses dan menghadam berita ini,” ujarnya.

Daripada sijil kematian yang dikongsi bersama BH, arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Cik Amira menyifatkan Allahyarham bapanya sebagai seorang yang tidak banyak berbual, penyabar dan rendah hati.

Sambil menahan sebak, beliau berkongsi ayahnya merupakan “tiang kekuatan” keluarganya dan selalu “ingat akan kanak-kanak” dengan membeli makanan.

“Tiada lagi individu yang basuh kasut sekolah, buat piza atau burger bersama-sama.

“Kami akan merinduinya semasa hujung minggu apabila beliau menghantar dan mengambil kami dari madrasah dan mengajar kami bacaan Al-Quran,” tambah beliau.

Beliau juga menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang amanah dan sangat berdedikasi dalam pekerjaan untuk bantu jemaah jejak ke tanah suci bagi umrah mahupun haji.


Ada kalanya arwah pulang lewat dan bekerja pada hujung minggu, semata-mata untuk memberikan yang terbaik.


“Pemergiannya di tanah haram ibarat kembali ke tempat kebiasaan yang disayanginya (homecoming). Ini selepas usahanya menghantar ramai jemaah (ke tanah suci),” tambah Cik Amira.


Jenazah Allahyarham Osman selamat dikebumikan di perkuburan Asy’ari di Makkah selepas solat maghrib pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >