Adam Danial Mohamad Faisal, 12 tahun, teruja kerana lukisan pertamanya bakal dipamerkan di luar negara, iaitu di pameran seni berprestij di Perancis.

Lukisan Adam yang bertajuk ‘Where Machines Grow Life’ akan dipamerkan di acara ‘Art Capital Paris: Le Salon des Artistes Français’, yang berlangsung di Grand Palais, Paris, dari 18 hingga 22 Februari 2026.