Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bantu perkukuh masyarakat dengan miliki rumah sendiri

Kecemerlangan dan jasa sekumpulan individu diiktiraf baru-baru ini apabila sumbangan mereka diiktiraf di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2024 baru-baru ini. BERITA MINGGU bertemu tiga individu untuk berkongsi kisah mereka
Apr 25, 2024 | 06:52 PM



Program Duta Dian, yang dilancarkan pada Oktober 2022, menyediakan sokongan di rumah kepada keluarga-keluarga Projek Dian yang mempunyai anak-anak berusia tiga hingga enam tahun, selama enam bulan.

Langkah ini adalah sepertimana dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, tentang usaha memperkasa anggota masyarakat Melayu/Islam yang kemudiannya menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, semasa Perjumpaan Hari Raya Menteri 2024 pada 19 April lalu.

Acara itu menyaksikan 15 individu cemerlang dihargai, antaranya dua Duta Dian, Cik Maisya Abdul Karim dan Sharifah Muslimah Lili Ahmad Nassir.

Duta Dian akan membaca bersama kanak-kanak ini dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kanak-kanak tersebut bermain sambil belajar semasa lawatan ke rumah.

Bantuan juga dihulurkan kepada ibu bapa yang ingin masukkan anak-anak mereka ke tadika, menerusi pemberian subsidi.

Di bawah Projek Dian, yang diselaraskan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau M³ Eco di bawah Persatuan Rakyat (PA), keluarga tinggal di flat sewa akan dibantu secara menyeluruh, dengan tujuan untuk membimbing mereka ke arah memiliki rumah sendiri.

Sebagai Duta Dian, Sharifah bekerjasama rapat dengan keluarga yang ditugaskan kepadanya.

“Bagi saya, seorang duta itu lebih daripada sekadar sukarela – duta berfungsi sebagai penghubung penting antara keadaan semasa keluarga dan aspirasi mereka.

“Saya melihat diri saya sebagai jambatan, menghubungkan mereka dengan akses kepada peluang yang mereka layak terima.

“Metafora ini sangat menyentuh, kerana keluarga yang memerlukan ini sering kekurangan rangkaian dan peluang.

“Dengan berkhidmat sebagai jambatan, saya berhasrat untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka, sama ada mendapatkan pekerjaan yang stabil, mengakses pendidikan atau mendapatkan rumah,” kongsinya dengan Berita Minggu (BM).

Sharifah, yang bertugas sepenuh masa sebagai penjawat awam, adakala mendapati dirinya menjalankan aktiviti di kolong blok dek kesempitan ruang di flat sewa keluarga yang beliau bimbing.

“Memandangkan sesi saya sering berlaku selepas waktu kerja atau pada hujung minggu, ia norma untuk bertemu sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan.

“Mereka sering berkumpul di sekeliling saya dan keluarga saya, ingin tahu tentang apa yang kami lakukan. Saya sentiasa memaklumkan mereka bahawa saya sedang menjalankan sesi dengan keluarga saya dan mereka dialu-alukan untuk menyertai kami sebaik sahaja sesi itu selesai.

“Melihat saya sudah menjadi kebiasaan mereka. Pada suatu hari, salah seorang kanak-kanak mendekati saya dan memberitahu saya, “Makcik, awak kata saya boleh jadi sesiapa sahaja yang saya mahu, kan? Saya telah memutuskan untuk menjadi presiden” dan ia membuat saya rasa amat gembira,” tambah Sharifah.

Namun, ada ketika Sharifah mendapati dirinya terkesan dengan cerita yang dikongsi oleh keluarga yang dibimbing beliau.

Dengan melihatnya sebagai satu ibadah, dan ujian dalam perjalanan hidup, Sharifah menganggap ia sebagai peluang pertumbuhan melalui muhasabah diri dan dialog dalaman.

Dalam pada itu, pengalaman yang dilalui oleh Cik Maisya yang telah menjadi relawan bersama M³@Bedok sejak 2019 sebelum dilantik sebagai Duta Dian, juga serupa dengan Sharifah.

Bekas paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang kini seorang pelatih perubatan di Pusat Pertolongan Cemas Singapura (SFATC) itu berpengalaman sebagai relawan bertahun-tahun lama.

Beliau berkongsi dengan BH bahawa minat menabur bakti kepada masyarakat berputik tatkala beliau mengekori ibu bapanya, yang kededua merupakan guru, menghadiri acara sukarela bersama sekolah mereka sewaktu berada di bangku sekolah menengah.

Dewasa kini Cik Maisya pernah menjadi ‘befriender’ atau pendamping Club Heal, Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan relawan bersama Himpunan Belia Islam dan KidSTART atau Rangkaian Masyarakat Uplift (Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga).

Mengenai pembinaan masyarakat yang kukuh dan perkasa, Cik Maisya berharap agar masyarakat Melayu/Islam di Singapura dapat maju bersama.

“Saya rasa nilai-nilai murni masyarakat Melayu kita adalah kebersamaan.

“Kami tidak mahu berjaya seorang diri dan kami mahu maju bersama.

“Terdapat begitu banyak sumber di luar sana, yang boleh membimbing kita ke arah kemajuan ini,” katanya, yang juga bekerja rapat dengan keluarga yang menetap di flat sewa di Bedok.

Walaupun pada awalnya sukar bagi keluarga-keluarga ini untuk membuka hati dan rumah mereka kepada orang luar dek keraguan untuk mempercayai orang asing seperti Cik Maisya, beliau akhirnya dapat menjalin hubungan erat dengan keluarga tersebut.

Beliau berjaya merujuk ibu kepada tujuh anak kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki, Agensi Khidmat Sosial, Pusat Perkhidmatan Keluarga dan organisasi akar umbi tempatan untuk membantu meringankan beban mereka.

“Saya melihat bagaimana anak bongsu daripada tujuh beradik itu enggan untuk ke sekolah pada mulanya.

“Dengan bantuan yang dapat dihulurkan kepada ibu tunggal itu, anaknya kini dapat bersekolah di PCF Sparkletots,” kongsi Cik Maisya tentang cara bagaimana Projek Dian berjaya membantu keluarga yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >