Bas ulang-alik disedia antara stesen MRT Tanah Merah, Expo 14-17 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas ulang-alik disedia antara stesen MRT Tanah Merah, Expo 14-17 Mac

Mar 10, 2026 | 3:24 PM

Bas ulang-alik disedia antara stesen MRT Tanah Merah, Expo 14-17 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
mrt, tanah merah, expo
Tiada perkhidmatan tren antara stesen MRT Tanah Merah dengan Expo dari 14 hingga 17 Mac. - Foto ST

Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik antara stesen MRT Tanah Merah dengan Expo apabila perkhidmatan tren antara kededua stesen digantung bagi memudahkan kerja dari 14 hingga 17 Mac.

Perkhidmatan Shuttle 8 (S8) akan beroperasi antara stesen Tanah Merah dengan Expo setiap lima hingga lapan minit, kata SMRT dalam satu kenyataan pada 10 Mac.

Bagi perjalanan ke Expo, bas ulang-alik pertama berlepas dari Pintu Keluar 2 Stesen Tanah Merah pada 5.10 pagi pada 14, 16 dan 17 Mac dan menurunkan penumpang di Pintu Keluar B Stesen Expo.

Bas terakhir bertolak pada 11.55 malam pada hari tersebut.

Pada 15 Mac, perkhidmatan mengikuti laluan sama, dengan bas pertama dan terakhir masing-masing bertolak pada 5.37 pagi dan 11.55 malam.

Bagi perjalanan ke Tanah Merah, bas ulang-alik pertama bertolak dari Pintu Keluar B Stesen Expo pada 5.24 pagi pada 14, 16 dan 17 Mac dan menurunkan penumpang di Pintu Keluar 1 Stesen Tanah Merah.

Bas terakhir bertolak pada 12.16 tengah malam.

Pada 15 Mac, bas pertama dan terakhir masing-masing bertolak pada 5.49 pagi dan 12.16 tengah malam.

Perkhidmatan bas ulang-alik itu mengenakan tambang yang sama seperti perjalanan tren.

Penumpang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan memperuntukkan masa tambahan apabila menggunakan perkhidmatan S8.

Penumpang yang ingin menyambung perjalanan tren di Tanah Merah dan Expo dinasihatkan menyemak waktu tren terakhir lebih awal, kerana bas ulang-alik mungkin tidak sempat ke tren terakhir.

Perubahan perkhidmatan tren itu sebelum ini diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT pada 20 Februari bagi memudahkan kerja memutuskan sambungan landasan tren yang menghubungkan Laluan Timur-Barat (EWL) dengan Depoh Changi, sebelum laluan itu disambungkan ke Depoh Bersepadu East Coast yang baru.

Ini merupakan penggantungan perkhidmatan yang ketiga dan terakhir bagi projek tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg