Asah semula kemahiran pekerja pertengahan kerjaya

  1. Program Peningkatan SkillsFuture untuk rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas
  2. Tokokan $4,000 kredit SkillsFuture (Pertengahan Kerjaya) pada Mei 2024
  3. Subsidi dipertingkatkan bagi pekerja pertengahan kerjaya daftar dalam diploma sepenuh masa
  4. Elaun Latihan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture sehingga $3,000 sebulan untuk tempoh sehingga 24 bulan

Sokongan bagi pekerja bergaji rendah

  1. Bayaran tahunan maksimum skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dinaikkan kepada $4,900 setahun, mulai Januari 2025
  2. Had kelayakan pendapatan bagi skim WIS dinaikkan kepada $3,000
  3. Gaji kelayakan gaji setempat (LQS) dinaikkan kepada $1,600 dari Julai 2024
  4. Siling gaji Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) dinaikkan kepada $3,000 pada 2025
  5. Meningkatkan tahap pembiayaan bersama kepada maksimum 50 peratus

Anugerah Kemajuan ITE bagi lulusan berusia 30 tahun dan ke bawah

  1. Tokokan $5,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) apabila mereka menyertai program diploma
  2. Tokokan tambahan $10,000 ke dalam Akaun Biasa Tabung Simpanan Pekerja (CPF), setelah meraih diploma kelak