Caj platform Gojek, Ryde naik mulai Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Caj platform Gojek, Ryde naik mulai Feb

Feb 12, 2026 | 6:53 PM

Caj platform Gojek, Ryde naik mulai Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gojek, Ryde, caj platform, naik
Caj platform Gojek meningkat sebanyak 20 sen, manakala Ryde akan menaikkan bayaran sebanyak 11 sen mulai 17 Februari. - Foto ST, FACEBOOK RYDESG

Dua lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan kenderaan melalui talian atau e-panggilan akan menaikkan caj platform mereka pada Februari, mengikut jejak Grab dan ComfortDelGro yang telah berbuat demikian pada Januari.

Caj untuk platform Gojek meningkat 20 sen, daripada 90 sen hingga $1.50; kepada $1.10 hingga $1.70, berkuat kuasa mulai 1 Februari.

Ryde pula akan menaikkannya sebanyak 11 sen mulai 17 Februari.

Perjalanan $18 dan ke bawah kini dikenakan caj $1.25, meningkat daripada $1.14.

Bagi tambang melebihi $18, caj naik daripada $1.36 kepada $1.47.

Menurut Ryde, caj tersebut menyokong operasi dan “membiayai penambahbaikan berterusan untuk pengalaman rakan pemandu dan penumpang”.

Jurucakapnya menjelaskan, semakan berkala dibuat bagi memastikan syarikat kekal mampan dan memenuhi keperluan kawal selia.

“Caj platform menyokong operasi serta keperluan kawal selia, termasuk keperluan pekerja platform seperti CPF (Tabung Simpanan Pekerja),” katanya, sambil menambah sebarang perubahan akan dimaklumkan secara telus.

Grab dan ComfortDelGro telah menaikkan caj masing-masing mulai 1 Januari.

Penumpang Grab kini membayar $1.20, berbanding 90 sen sebelum ini.

ComfortDelGro menaikkan caj kepada $1 hingga $1.30 bagi tempahan melalui aplikasi seperti Zig dan Kris+.

Kedua-dua syarikat menyatakan pelarasan itu bertujuan menyokong perubahan kadar caruman CPF di bawah Akta Pekerja Platform.

Akta tersebut mewajibkan pekerja muda yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1995 mencarum lebih tinggi ke dalam akaun CPF mereka, manakala syarikat turut menyumbang bahagian masing-masing.

Kadar caruman akan meningkat secara berperingkat selama lima tahun.

Sejak 1 Januari 2025, kadar caruman pekerja platform meningkat sehingga 2.5 mata peratusan setahun selama lima tahun, manakala kadar bagi pengendali platform naik sehingga 3.5 mata peratusan setahun.

Setakat ini, Tada merupakan satu-satunya platform e-penggilan yang belum melaksanakan sebarang pelarasan caj.

Secara berasingan, Gojek turut menaikkan tambang minimum dan tambang permulaan sebanyak 50 sen mulai 1 Januari bagi semua perkhidmatan GoCar kecuali GoTaxi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg