CEO Mendaki kunjungi bilik berita BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO Mendaki kunjungi bilik berita BH

BH, Mendaki bertukar-tukar pendapat mengenai isu semasa, bincangkan usaha sama yang boleh dilakukan
Feb 16, 2026 | 4:02 PM

CEO Mendaki kunjungi bilik berita BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Feroz Akber, kunjungi bilik berita BH
Kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Encik Feroz Akber (menghadap kamera, empat dari kiri), ke bilik berita Berita Harian (BH) pada 16 Februari disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (lima dari kiri), di samping kakitangan BH dan Mendaki. - Foto BH oleh KHALID BABA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Encik Feroz Akber, bersama beberapa kakitangan jabatan komunikasi dan perhubungan pertubuhan itu telah mengunjungi bilik berita Berita Harian (BH) pada 16 Februari 2026.

Kunjungan beliau disambut oleh Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; Editor Malam, Encik Puad Ibrahim; dan Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin.

Rombongan dari Mendaki itu dibawa meninjau bilik berita dan diperkenalkan kepada pasukan media sosial akhbar ini.

Encik Feroz, yang menggalas jawatan CEO pada November 2025, kemudian diberi taklimat mengenai transformasi digital akhbar ini dan lain-lain perkembangan BH dalam sesi perbincangan dengan pasukan editor akhbar ini.

Dalam sesi tersebut juga, kedua-dua BH dan Mendaki bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu semasa, selain membincangkan beberapa usaha sama yang boleh dilakukan.

Mendaki juga memberi taklimat lanjut berkaitan inisiatif dan bidang tumpuan di bawah Pelan Kerja 2026-2030.

Mendaki juga telah menjalin kerjasama strategik dengan Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) bagi meningkatkan kepakaran dan pensijilan profesional dalam bidang sumber manusia.

Selain sesi bersama kepemimpinan BH, Encik Feroz dan kakitangannya juga telah mengadakan perbincangan dengan penyelia berita dan wartawan akhbar ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg