Topik diikuti
Pergi ke BHkuDermasiswa BH-AMP sokong aspirasi pelajar Melayu/Islam, sediakan bimbingan mentor
Empat pelajar manfaat skim bantuan pendidikan, peluang pendedahan kepada dunia media
1 of 4
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Oct 9, 2026 | 8:24 PM
Dermasiswa BH-AMP sokong aspirasi pelajar Melayu/Islam, sediakan bimbingan mentor
Buat julung-julung kalinya, Berita Harian (BH) menyampaikan dermasiswa pendidikan kepada pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi, media atau pengajian Melayu, dengan kerjasama AMP Singapura.
Usaha murni ini lahir daripada penganjuran Golf Amal BH-AMP pada 22 Julai 2025 di Orchid Country Club, yang turut disokong oleh sekumpulan penggiat golf veteran di Singapura.
- Tujuan dermasiswa: Menyokong pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi, media atau pengajian Melayu, khususnya mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.
- Sumber dana: Hasil kutipan Kejohanan Golf Amal BH-AMP pada Julai 2025 yang berjaya mengumpulkan lebih $271,000.
- Jumlah peruntukan: Menerusi perjanjian antara BH-AMP, kira-kira $48,000 diperuntukkan bagi skim dermasiswa, dengan $8,000 disalurkan setiap tahun sehingga 2031 atau sehingga dana habis digunakan.
- Jumlah penerima: Di bawah dermasiswa itu, pelajar politeknik menerima $1,500 manakala mahasiswa universiti menerima $2,500.
- Manfaat tambahan: Selain bantuan kewangan, penerima berpeluang mendapat bimbingan wartawan BH menerusi program mentor, mengikuti lawatan pembelajaran dan menjalani latihan amali di bilik berita sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
- Empat penerima dermasiswa BH-AMP sulung termasuk Encik Ahmad Musoddaq Ahmad Mazhar, 22 tahun, mahasiswa tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dalam Komunikasi dan Media Baharu, dengan jurusan kedua dalam Analisis Data di Universiti Nasional Singapura (NUS); Encik Syahmi Akmal Hakim Mohamad Ismail, 23 tahun, mahasiswa tahun kedua Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS); Cik Haifa Norhaizal, 24 tahun, pelajar Diploma Pengurusan Komunikasi Media di Politeknik Nanyang (NYP); serta Cik Siti Nur Syahirah Yusman, 24 tahun, penuntut Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
BH lancar dermasiswa, program mentor bagi pelajar pengajian tinggiOct 9, 2026 | 7:52 PM
Karyawan Islam AMP bantu belia ITE bina kerjaya lebih kukuhOct 6, 2026 | 6:20 PM
Bimbingan karyawan buka mata kepada pilihan kerjaya lebih luasOct 6, 2026 | 7:16 PM
Permohonan dibuka: Dermasiswa BH, AMP bagi mahasiswa yang ambil pengajian MelayuMay 12, 2026 | 5:43 PM